Oleh: Jaafar Adb Wahid
KOTA KINABALU: Bantuan bakul makanan dibawah program Bantuan Prihatin 3.0 Covid-19 berjalan lancar di seluruh daerah di negeri ini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag
Timbalan Ketua Menteri ini Dato Sri Bung Moktar (gambar) berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM34,366,500 juta untuk bantuan bakul makanan yang telah dan sedang diagih-agihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-19.
Bagi kawasan Lamag, Bung yang juga wakil rakyat kawasan itu berkata, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag yang diketuai Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Abu Bakar Gapar dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) di kawasan masing-masing diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyampaikan bantuan kepada penerima.
“Setakat ini di kawasan saya (DUN Lamag) proses agihan berjalan lancar, bagaimanapun masih ada beberapa buah kampung yang masih dalam pengurusan penghantaran disebabkan faktor perhubungan selain pematuhan kepada Prosedur Oeprasi Standrad (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pegerakan(PKP). Bagaimanapun saya memberi jaminan semuanya akan menerima bantuan tersebut .” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini selepas menghadiri mesyuarat Kabinet negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kemarin.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya selain agihan bakul makanan (UPPM) Lamag bersama JPKK, mereka juga telah diminta untuk menyampaikan maklumat pemberian Vaksin COVID-19 dan dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan penerima yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin.
“Setakat ini penerimaan rakyat di DUN Lamag terhadap pemberian Vaksin COVID-19 amat positif dan saban hari ada mendaftar dan saya difahamkan pihak Hospital dan Jabatan Kesihatan telahpun turun padang ke kawasan-kawasan kampung yang jauh untuk memberikan vaksin kepada penduduk,” tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Lamag berkata, setakat ini lebih dari 3,000.00 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 19 kampung telah menerima bantuan bakul makanan mereka masing-masing, hanya tinggal 5 buah kampung yang belum menerimanya.
“Insyallah Ahad ini kesemua kampung akan menerima bantuan Bakul makanan dimana Bung selaku ADUN Kawasan ini akan menyampaikanya di kampung Balat dan Sangau” katanya
Dalam pada itu, Abu Bakar meminta sekiranya ada penduduk yang tercicir dari senarai penerima agar dapat berhubung dengan JPKK masing-masing bagi mempastikan bantuan bakul makanan dapat disalurkan segara