KOTA KINABALU: Setiap individu di negeri ini diseru untuk menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini penting susulan keterbatasan pergerakan akibat penularan Covid-19 yang menyebabkan kekurangan penderma yang tampil, sekali gus memberikan impak kepada bekalan darah.
“Penderma darah adalah wira. Mari menderma darah demi kelangsungan sejagat, setitik darah yang diderma mampu menyelamatkan jutaan nyawa manusia,” katanya.
Hajiji berkata demikian dalam hantaran terbaharu di media sosial sempena Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut pada 14 Jun setiap tahun.
Sambutan tahunan itu merupakan usaha Pertubuhan Keshatan Sedunia (WHO) untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi dan selamat untuk setiap individu.