UNK Sedia Beri Kerjasama Pada Polis Dalam Siasatan Kes Eksplotasi Peserta Unduk Ngadau 2021

KOTA KINABALU: Penganjur pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Borderless Peringkat Negeri Sabah bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes eksploitasi peserta Unduk Ngadau peringkat negeri Sabah 2021.
Pengerusinya Joanna Kitingan berkata, ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan sepenuhnya dan memberikan keadilan kepada peserta UNK berkenaan.
“Kami percaya keadilan harus diberikan kepada peserta ini, yang bersalah harus dikenakan tindakan sewajarnya.
Joanna berkata, dakwaan yang mengaitkan salah seorang penganjur mencabul peserta pertandingan UNK mencemarkan nama pihak penganjur UNK setelah sekian lama menganjurkan pertandingan itu dengan lancar tanpa kontrovesi.
“Kami benar-benar bersimpati dengan apa yang dilalui oleh peserta UNK berkenaan dan memuji keberaniannya melaporkan kejadian itu.
“Kami berharap lebih ramai mangsa (peserta Unduk Ngadau) tampil membuat laporan (polis) kerana pihak penganjur benar-benar mahu nama baik  pertandingan Unduk Ngadau ini dapat dijaga dan dipertahankan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles