Presba Minta Kerajaan Pusat Beri Kebenaran Kerajaan Sabah Beli Vaksin Pharmaniaga

KOTA KINABALU: Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyokong hasrat Kerajaan Negeri Sabah untuk meminta kelulusan kerajaan persekutuan khususnya Menteri Penyalaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaludin agar Sabah diberi kebenaran membeli vaksin dari Pharmaniaga.
“Selaku Presiden Presbah, NGO yang prihatin rakyat, menuntut permohonan ini wajar dipertimbangkan.
“Kita harus ada kesepakatan dalam mengurus isu pemberian suntikan vaksin ini secara bijak jika benar niat kita ingin menjaga kesihatan rakyat negeri ini,” kata presiden Presba Hj Yahya Hj Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata walaupun usaha kerajaan mengurus program imunisasi melalui my sejahtera itu sudah dikira sistematik, namun dari sudut pengurusan menghala jaringan efektif masih dikira lemah yang menyaksikan peratusan pemvaksinan di negeri ini masih rendah.
“Ini realiti, kita harus membuka perbincangan harmoni dan mendengar semua saranan pelbagai pihak disetiap negeri yang dikira munasabah.
“Saya sendiri melihat rakyat khususnya di luar bandar dan di pedalaman Sabah yang masih belum dapat suntikan meskipun begitu ramai yang sudah mendaftar.
“Presbah minta saudara YB.Khairy melihat isu ini dengan serius. Adakala pengamatan kita dibawah lebih tajam dan faham isu tempatan dan keberkesanan pengurusan diatas dari cara orang diatas sekadar menurunkan niat baik program kerajaan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles