Parti Star Sabah Semakin Kuat di Parlimen Pensiangan

SOOK: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini semakin kuat khususnya di Parlimen Pensiangan.

Advertisements

Populariti STAR di kawasan itu terserlah apabila ramai rakyat yang mahu menyertai parti itu.

Terbaharu seramai 104 orang dari Kampung Seselungon dan 62 dari Kampung Menggorimot menyertai STAR.

Borang-borang keahlian mereka diserahkan kepada Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Angin pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung tersebut pada Sabtu.

Turut hadir Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron.

Berucap pada majlis itu, Ellron meminta rakyat di Parlimen Pensiangan supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaaan sedia ada demi masa depan yang lebih baik.

Parti STAR merupakan anggota parti komponen Peringkat Nasional (PN).

Ellron yang juga Adun Sook juga menyeru rakyat Pensiangan supaya tidak mudah percaya dakyah-dakyah pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat semata-mata meraih sokongan.

Beliau turut melawat Kampung Papar Baru, Sook dan seterusnya menerima borang penyertaan sebagai ahli STAR dari Puan Folora Bt Alfred @ Soboli.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles