KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah akan kembali melaksanakan sekatan rentas Zon bermula hari ini.
Bagaimanapun katanya, larangan aktiviti rentas daerah akan dilaksanakan semua mulai 27 Mei hingga 3 Jun 2021 (Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan satu daerah).
“Dalam tempoh tersebut, PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalanraya (SJR). Oleh itu para pengguna jalanraya yang diberi permit oleh PDRM atau dokumen sah kebenaran merentas daerah sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke daerah yang hendak dituju,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.
Sehubungan itu Masidi menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mengambil risiko mencuba nasib merentas daerah kerana PDRM akan mengambil tindakan untuk mengarahkan berpatah balik.
“Tujuan larangan aktiviti rentas daerah adalah untuk mengawal pergerakan individu dan mengurangkan kontak fizikal bagi membendung penularan Covid-19 di Sabah,” katanya.