Bung Agih Sumbangan Buah Kurma Untuk 25 Umno Bahagian di Seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Ketua Umno Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin telah menyampaikan sumbangan berupa buah kurma kepada 25 Ketua-Ketua Umno bahagian di negeri ini yang kemudiannya mengagih-agihkan kepada cawangan-cawangan Umno di bahagian masing-masing.

Advertisements

Bercakap kepada media selepas majlis penyampaian tersebut Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata sumbangan tersebut merupakan acara tradisi Umno Sabah bagi menyembut kedatangan bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari lagi akan dihadapi oleh umat Islam di negara ini.

Menurut beliau sambutan Bulan Ramadhan kali ini susananya amat berbeza dari sebelumnya ekoran keputusan kerajaan masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus Covid-19.

“Berkemungkinan kita tidak dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama samaada di peringkat negeri mahupun bahagian disebabkan pematuhan kepada PKP yang masih dikuatkuasa yang perlu kita akur demi keselamatan untuk membendung penularan virus Covid-19” katanya

Dalam pada itu Bung juga meminta semua pihak agar terus mematuhi PKP yang masih dikuatkuasakan ini termasuk mengadakan majlis majlis rumah terbuka hari raya Aidil Fitri kecuali bersama keluarga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan tersebut Timbalan ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,Setiusaha Eksekutif Umno Sabah Awang Aslee Lakat dan Ketua Puteri Umno Sabah Dr. Fadilah Sabri

A SERAH…Kelihatan Bung diringi oleh Timbalan ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan,Setiusaha Eksekutif Umno Sabah Awang Aslee Lakat dan Ketua Puteri Umno Sabah Dr. Fadilah Sabri Menyerahkan sumbangan buah kurma kepada salah seorang Ketua Bahagian sempena majlis tersebut.

B. AMANAT..Bung ketika menyampaikan amanat sempana majlis tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles