Hubungan UMNO-Bersatu dalam GRS tidak terjejas dengan keputusan UMNO Pusat – Bung

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan UMNO pusat untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan hubungan UMNO Sabah dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) termasuk Bersatu.

Advertisements

“Insya-Allah, ia tidak berlaku di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Umno di PWTC hari ini.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata dalam konteks Sabah, UMNO perlu bersolidariti dengan GRS yang mentadbir negeri ini.

“Ini penting kerana pada pilihan raya negeri Sabah (PRN) ke-16 yang lalu, kita telah berjanji kepada rakyat iaitu mandat yang diberikan oleh rakyat akan kita gunapakai untuk membangunkan negeri Sabah.

“Sebab ketika ini begitu Sabah jauh ketinggalan (pembangunan), ditambah lagi dengan ancaman Covid-19 di mana banyak syarikat, usahawan dan pengusaha perhotelan yang gulung tikar, tutup atau “lingkup”. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kami dan GRS untuk memperkasakan ekonomi dan sekaligus memperkasakan politik di negeri ini,” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata senario politik di Sabah berbeza dengan keadaan politik di Semenanjung.

“Walaupun di semenanjung, UMNO memutuskan hubungan Bersatu (menjelang PRU15), namun di Sabah kita kena membuat satu formula baharu untuk terus bersama-sama dengan parti-parti dalam gabungan GRS,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles