Guru disaran dekati pemimpin rakyat — Jahid

KOTA KINABALU: Guru-guru besar disran agar mendekati para pemimpin rakyat di kawsan masing-masing agar sekolah mereka sentiasa dapat dibantu dalam pelbagai sudut.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata sebagai ketua di sekolah masing-masing, para guru besar perlu mengambil inisiatif mendekati para pemimpin rakyat, sama ada secara formal atau pun tidak formal.

“Ini penting supaya banyak perkara dan keperluan di sekolah boleh dibantu oleh mana-mana pemimpin di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiak merasmikan Majlis Jasamu Dikenang sempenan Mesyuarat Majlis Guru Besar Begeri Sabah (MGBNS) Bil/2021 di Hotel Lintas Platinum, Kota Kinabalu, semalam.

Para AJK Penganjur mengabadikan gambar kenangan bersama Jahid.
Para AJK Penganjur mengabadikan gambar kenangan bersama Jahid.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan ngeri Sabah, Abidin Marjan dan para Ahli Majlis Tertinggi MGBNS.

Menurut Jahid, kolaborasi dan hubunga rapat antara guru besar dengan pemimpin amat penting bagi membolehkan banyak perkara dapat dipermudahkan.

“Guru besar membantu dalam pembangunan insan melalui pendidikan, manakala kami sebagai pemimpin pula akan berusaha menokok tambah apa yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, guru besar merupakan pemimpin yang menjadi contoh, denga memberi sepenuhnya inisiatif untuk menjulang kecemerlangan pendidikan di sekolah yang dipimpin mereka.

Bercakap mengenai program tersebut, beliau berkata, cabaran guru kini semakin hebat dan mencabar, apatah lagi ketika Pandemik Covid-19, di mana guru-guru kini terpaksa menggunakan keupyaan dan kemodenan gajet-gajet baharu untuk mendidik pelajar.

Jahid turut meluluskan sumbangan sebanyak Rm15,000 kepada MGBNS bagi melaksanakan program Tabung Dana Program Kecemerlangan Akademik MGB Negeri Sabah.

Terdahulu, Yang DiPertua MGBNS yang juga Guru Besar SK Pekan Putatan, Kasbulah Mangun, berkata, tujuan majlis berkenaan di adakan adalah bagi membuat pemurnian perlembagaan MGBNS, di samping berpeluang mendengar taklimat mengenai maklumat terbaharu daripada sektor-sektor di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Menurutnya, sepanjang program, sebanyak empat slot telah disampaikan iaitu Sektor pengurusan Sekolah, SEkotr Pengurusan Murid, Sektor Pengurusan Perancangan, dan Sektor Kewangan, dan berharap agar segala maklumat itu kelak selari dan seragam di setiap sekolah di Sabah.

Tambah beliau, majlis tersebut diadakan bagi meraikan lima mantan Exco Majlis Guru Besar Sabah, di mana salah seorang daripanya merupakan mantan Pengerusi MGBNS sendiri.

Untuk rekod, MGBNS mempunyai seramai 1,069 ahli dalam kalangan guru-guru besar dari 24 daerah di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles