Lima Anggota Parlimen Diumpan Untuk Tinggalkan PKR – Anwar

KOTA KINABALU:   Sekurang-kurangnya lima anggota Parlimen PKR dikatakan telah diumpan dan diugut untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Perikatan Nasional (PN).
Ketika mendedahkan perkara itu, presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lima anggota Parlimen terbabit ialah Natrah Ismail (Sekijang), S. Kesavan (Sg Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan), M. Karuppaiya (Padang Serai) and Michael Teo (Miri).
Bercakap pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini, Anwar berkata beliau akan menghantar surat esok bagi mengadakan pertemuan bersemuka dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung perkara itu.
“Saya akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki esok dan memohon temujanji untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.
Mengenai ura-ura kemungkinan PKR mengadakan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya ke-15, Anwar berkata adalah terlalu awal menyatakan bahawa PKR dan Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan Umno dalam PRU15.
Bagaimanapun, Anwar mengesahkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan awal dengan beberapa pemimpin Umno namun tidak melibatkan kerjasama secara rasmi.
“Saya tidak menafikan kemungkinan akan wujud kerjasama dan saya telah memaklumkan anggota parlimen, pemimpin negeri untuk menyampaikan mesej itu kepada pemimpin akar umbi. Tiada kerjasama rasmi dengan Umno (buat masa ini),” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles