Sabah Catat 39 Kes Positif Baharu Covid-19

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 39 kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu angka terendah sejak beberapa bulan ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,903 kes.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah mencatatkan kes tertinggi ialah Keningau dengan 14 kes, diikuti Tawau (5) dan Kota Kinabalu (empat kes).

Beliau berkata sebanyak 15 daerah tidak mencatatkan kes baharu hari ini.

Ini termasuk Sandakan, Putatan, Papar, Beluran, Ranau, Kudat, Kunak, Kota Marudu, Tuaran, Tenom, Pitas, Kuala Penyu, Semporna, Beaufort dan Tongod, katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 158, menjadikan jumlah
kumulatif 52,869 orang.

Beliau berkata seramai 482 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 192 orang di hospital dan 290 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 15 orang dan enam orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles