KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turun padang bagi meninjau insiden kebakaran di Kampung Pirasan Lama, dekat sini hari ini.
Beliau menerima perkhabaran kejadian kebakaran itu selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
“Saya hadir meninjau dua buah rumah yang terbabit dan menyampaikan sedikit sumbangan tunai kepada pemilik rumah. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa kebakaran,” katanya dalam catatan di media sosial.
Berikutan itu, Salleh telah mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat
Usukan, Tuan Amran Disah yang turut hadir sama untuk mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa kebakaran.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pirasan Ulu Tuan Amri Arjin dan juga JPKK Pirasan Lama.