KOTA BELUD: Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak mengadakan lawatan ke beberapa kampung di Kota Belud, hari ini dengan aktiviti ziarah prihatin kepada penduduk yang menghadapi masalah kesihatan.
Antara kampung yang dilawati itu ialah Kampung (Kg). Gaur, Kg. Mengkulat, Kg. Tuguson dan juga Kg. Narinang.
Turut serta dalam activiti ziarah itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Demis Rumanti.
“Semoga semua diberikan kesihatan yang baik dan saya berharap keluarga-keluarga terbabit dapat bertabah dan bersabar dalam menempuhi dugaan ini,” kata Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Usukan.