Jordan Ajak Belia Pedalaman Ceburi Industri Pertanian

KOTA KINABALU: Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mengajak golongan belia di Sabah, khususnya di bahagian Pedalaman untuk menceburi industri pertanian

Advertisements

Beliau berkata potensi dan peluang dalam membangunkan industri pertanian mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri ini.
Jordan Ellron

Jordan Ellron

Jordan Ellron
Jordan berkata, bidang pengeluaran makanan dan pertanian adalah penting untuk masa depan negeri Sabah dan golongan muda perlu mengambil peluang yang disediakan sebagai salah satu cabang kerjaya.

“Negeri kita terkenal dengan hasil semula jadi, namun kita tidak boleh sekadar menghasilkan untuk keperluan sendiri sahaja.

“Sudah tiba masanya kita menceburkan diri dalam aktiviti pertanian secara komersial termasuk mengusahakan ladang durian Musang King,” katanya kepada Jesselton Times.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program turun padang di enam kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sook pada Sabtu.

Enam kampung tersebut ialah Karamatoi Laut, Karamatoi tengah, Karamatoi, Malili, Papar baru dan Kuala Aging.

Semasa lawatan itu, Jordan telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada enam golongan iaitu Warga emas dan Golongan OKU.

Katanya beliau juga telah meninjau
cadangan tapak untuk memperbaiki Gelangang dua dalam satu dan padang bola sepak.

“Tidak lupa saya telah menghulurkan sumbangan kepada Tuan Afong de Ajin dari kg Kindasan, Tulid sempena kejayaan anaknya memasuki universiti UPSI di Perak tidak lama lagi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles