Warisan Buat Laporan SPRM Terhadap Adun Sebatik

KOTA KINABALU: Sayap Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik Hassan A Gani Pg Amir yang meninggalkan Warisan baru-baru ini.

Advertisements

Laporan SPRM itu dibuat oleh anggota sayap wira yang dikepalai Timbalan Ketua Wira Warisan Ismail Ayub di pejabat SPRM di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ismail berkata pada 25 Februari 2021, Hassan telah mengumumkan keluar daripada Warisan dengan serta merta dan mengisytiharkan dirinya Adun bebas yang menyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata Hassan pernah menjadi calon warisan pada pilihan raya negeri ke-15 yang lepas tetapi tewas dan pada PRN16, beliau sekali lagi menawarkan diri sebagai calon.

“Selepas dipilih sebagai calon, beliau (Hassan) telah melafazkan ikrar taat setia kepada parti pada 10 Sept 2020 dan bersetuju menandatangani beberapa dokumen secara suka rela termasuk surat peletakan jawatan sebagai Adun kepada Speaker Dun dan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Negeri.

“Hassan kemudian membaca ikrar taat setia tersebut yang dirakam dalam video. Dalam kenyataan yang ditularkan, beliau (Hassan) mendakwa beliau dipaksa kalau tidak beliau tidak jadi calon. Tetapi apabila diteliti dalam video itu jelas sekali tiada apa-apa bentuk paksaan. Semua salinan dokumen tersebut telah dilapirkan dan diserahkan kepada SPRM,” katanya.

Ismail turut berterima kasih kepada SPRM yang menerima aduan tersebut dan berharap SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

Mengenai keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Kadzim Yahya yang tidak menerima dokumen surat peletakan jawatan itu, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan Speaker Dun itu tetapi pada masa yang sama, pihak kami berpendapat segala dokumentasi tersebut termasuk surat peletakan jawatan adalah teratur dan tidak ada unsur paksaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles