KPLBS, Syarikat Kim Teck Cheong Sumbang 10,000 Buns Kepada Pejabat Daerah Papar

PAPAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad telah menyumbang sebanyak 10,000 Buns kepada Pejabat Daerah Papar, sini hari ini.

Advertisements

Pegawai Daerah Papar, Hj Ghulam Rasul Bin Hj Hapil, berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada KPLBS dan pihak korporat yang bermurah hati memberikan sumbangan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Papar, memaklumkan bahawa sumbangan berkenaan akan diagih-agihkan kepada petugas barisan hadapan (fronliners) daerah dan seterusnya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di kawasan tersebut.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan KTC Consolidated Berhad atas inisiatif dan usaha murni ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dapat memberikan sumbangan tersebut dengan kerjasama KPLBS bagi membantu mereka yang terlibat sebagai petugas barisan hadapan.

“Sebelum ini, kita telah mengadakan program sama di beberapa tempat lain termasuk juga membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya, ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami,” katanya.

Program penyerahan turut dibantu oleh Better Bets Project diketuai oleh Sylvia Pius Laban dan Sifera Kodoh dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri, Harris J Mintu.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Awangku Reimi Bin Pangeran Abdul Rahman, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Jainudin Bin Jumat, PPM DUN Kawang, Roslie Ibrahim, PPM DUN Limbahau
Datuk Johnny Mositun, PPM DUN Pantai Manis Mohd Rosli Ibrahim dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar, Leftenan Razaq Basir.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles