KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun secara drastik ke angka 53 iaitu hampir separuh lebih rendah berbanding catatan 104 kes semalam.
Dalam hantaran di media sosial (Twitter), Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata jumlah itu merupakan yang terendah sejak gelombang Covid-19 sekarang melanda negeri ini pada September tahun lepas.
“Kota Kinabalu hanya merekodksn satu kes hari ini. Keadaan Kluster Sinsingon di Nabawan kini terkawal dengan 11 kes baharu,”
katanya.
Masidi berharap orang ramai terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan.