Dua Ahli Parlimen PKR serah akuan bersumpah sokong kerajaan PN

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisements

Muhyiddin dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau berkata akuan bersumpah itu diserahkan oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon.

“Akaun bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada saya selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya,” katanya.

Beliau yang melahirkan rasa syukur berkata sokongan itu tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik COVID-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara.– BERNAMAAttachments area

Related Articles

253FansLike

Latest Articles