KENINGAU: Golongan belia diajak terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang ternyata mengutamakan usaha pemerkasaan golongan itu termasuk dalam arena sukan dan pembangunan belia.
Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron berkata kerajaan sedia ada telah dan akan melaksanakan pelbagai program bagi memacu pembangunan belia di negeri ini.
Sambil memberi contoh pembangunan belia dan sukan di kawasan Dewan Undangan Negeri Sook, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan dan masalah rakyat di situ termasuk yang membabitkan kepentingan belia.
Sehubungan itu, hari ini (Sabtu) sahaja, Jordan turun padang melawat 10 kampung di kawasan DUN Sook bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat.
Kampung terbabit ialah Kampung Binuwo Laut, Kg karanaan, Kg Payaugou, Kg binakaan, Kg Tuaran baru, Kg Bangawong, KgTinagalan Ulu, Kg Tinagalan laut, Kg mapila dan Kg barasanon.
“Saya berharap golongan belia di Sook akan terus mendukung kerajaan GRS demi pembangunan dan kemajuan belia serta penduduk secara keseluruhan,” katanya kepada Jesselton Times.
Semasa lawatan itu, Jordan berkesempatan menyampaikan sumbangan kewangan kepada golongan orang kurang sihat, golongan Oku, golongan warga emas dan meninjau rumah daif yang perlu diperbaiki.
“Tidak lupa juga saya sempat memberikan sumbangan kepada keluarga mendiang di kg Barasanon, Sook,” katanya.