Hajiji, Dr Christina dan Hazani penerima vaksin pertama di Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merupakan antara tiga penerima pertama suntikan vaksin  Pfizer-BioNTech Covid-19.

Advertisements

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dua penerima lain itu ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Masidi berkata demikian di terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau berkata  program vaksinasi di Sabah dijadual bermula pada 4 Mac dan fasa pertama akan melibatkan 104,110 dos vaksin yang akan dihantar dalam enam kumpulan.

Kumpulan pertama, iaitu 16,380 dos vaksin, tiba hari ini pada pukul 12.40 tengahari.

Kumpulan seterusnya akan tiba di antara 4 Mac dan 1 April.

Seramai 42,117 barisan hadapan sektor perubatan akan diberi keutamaan, kata Masidi.

“Mereka akan diberikan vaksin tidak kira dimana mereka ditempatkan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles