oleh Dr Lee Kuok Tiung
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2021 tetap akan berlangsung dengan kegembiraan dan keriangan meskipun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Semuanya kan daripada kita kita sahaja baitu bagaimana menyesuaikan diri dengan norma baru.
Sepintas lalu, cara mana masyarakat Cina meraihkan perayaan kebudayaan ini sebenarnya sudah banyak berubah seiringan dengan asimilasi budaya mengikut arus zaman.
Memang benar banyak lagi nilai-nilai tradisional yang berjaya dikekalkan sehingga hari ini tetapi banyak juga nilai-nilai yang sepenuhnya (totally) baru yang diadaptasi dari budaya lain dan tidak kurang juga nilai-nilai hybrid hasil gabungan nilai tradisional dengan nilai baru.
Makan malam Tahun Baru Cina yang dahulunya ahli keluarga berkumpul masak bersama-sama bagi sebilangan keluarga Cina sudah beralih kepada makan malam di restoran atau tempah (order) dari restoran.
Begitupun, semestinya hampir setiap individu mempunyai special dishes (hidangan istimewa) ‘masakan ibu’ yang diidam-idamkan yang menjadi salah satu sebab utama teringin balik kampung meraihkannya.
Memilih untuk melancong ke luar negara pada cuti Tahun Baru Cina merupakan suatu lagi trend baru.
Dalam kesibukan setahun bekerja, ada yang berkesempatan dapat cuti pada waktu itu sahaja. Paling malang selama ini barisan hadapan (frontliner) kita pun tidak dapat cuti perayaan tanpa perancangan lebih awal.
Saat-saat menunggu ketibaan perayaan tahun baru itu sebenarnya lah yang merupakan moment paling nostalgia dan feelings (perasaan) bila berada di persekitaran sewaktu membesar ke alam dewasa apatah lagi bila tiba-tiba nampak begitu ramai muka-muka yang familiar suatu ketika dahulu tiba-tiba menjelma di depan mata.
Selepas makan besar ada yang duduk di depan televisyen menonton siaran langsung sambutan perayaan tahun baru Cina sambil menunggu detik-detik jam 12:00 tengah malam untuk menyaksikan persembahan mercun dan bunga api.
Warna yang sinonim dengan tahun baru Cina adalah merah. Lazimnya depan rumah mahupun pejabat mesti ada tanglung dan di dalamnya mempunyai perhiasan yang mendoakan kegembiraan, kemakmuran dan kejayaan pada tahun baru.
Dahulunya waktu tahun baru Cina itulah baru dapat beli pakaian baru, dapat duit ang pow untuk beli apa yang telah dimimpi-mimpikan dan menikmati junk foods (makanan ringan) serta minuman bergas (carbonated drinks) sehinggakan adakalanya ibu bapa terpaksa menyorok sana sini takut habis sebelum tahun baru Cina tiba. Hal ini sudah tidak dirasai oleh kebanyakan generasi muda dewasa ini yang boleh beli baju ataupun apa-apa yang mereka suka bila-bila masa, makan apa yang disukai malahan ramai ibu bapa yang kompromi dengan memilih hidangan harian berdasarkan kesukaan (preference) anak-anak.
Kunjung-mengunjungi merupakan norma perayaan tahun baharu Cina untuk berjumpa saudara-mara dan sahabat handai. Ini juga merupakan kesempatan kepada kanak-kanak untuk memperolehi ang pow.
Sebetulnya (by right) berdasarkan kepada kawalan pergerakan dan larangan merentas daerah dijangkakan revenue (pendapatan) menerusi ang pow akan berkurangan mendadak tetapi dengan e-ang pow yang semakin popular tidak mustahil boleh dapat lebih tahun ini.
Ang Pow sebenarnya bukan bagi kepada yang belum kahwin sahaja tetapi sudah menjadi amalan kebiasaan majikan akan beri ang pow kepada pekerja-pekerja mereka.
Bukan jumlah di dalamnya tapi pemberian ang pow itu umpama suatu berkat kepada kejayaan si penerima untuk tahun baru.
Sembayang di tokong bagi yang beragama Buddha dan gereja bagi Kristian adalah amalan kebiasaan tetapi tahun ini kemungkinan besar (most likely) akan diadakan secara maya (virtual).
Begitu juga rumah terbuka (open house) tahun ini.
Bukan apa, baik yang menjemput diselubungi perasaan takut atau khuatir kemungkinan ada tetamu yang telah terdedah kepada virus Covid19. Pastinya akan menyebabkan perasaan bersalah jikalau menjangkiti tetamu lain serta ahli keluarga. Mana-mana jemputan sendiri pun rasa tidak selesa memikirkan kemungkinan dijangkiti jika mereka memilih untuk hadir. Jadi paling baik untuk tangguh acara lawat-melawati tahun ini untuk mengelak perasaan tidak selesa kepada siapa-siapa.
Komunikasi interpersonal menerusi pengantara aplikasi media sosial sebenarnya paling praktikal.
Kegembiraan dan keceriaan itu kan semuanya dari cara pemikiran dan sikap diri individu? Lebih baik terima secara positif dan raihkan dengan seadanya.
Perayaan tahun baru Cina sebenarnya juga merupakan pembukaan musim perayaan di Malaysia di mana Hari Raya Aidilfitri akan menyusul selepasnya sebelum diakhiri dengan Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak. Ini bermakna ini merupakan peluang kepada semua kita untuk membiasakan diri dengan norma baru.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2021.
Prof Madya Dr Lee Kuok TiungKetua Program Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,Universiti Malaysia Sabah