Program Regularisasi — PBS Sokong Asalkan Dokumen Pekerjaan Sah PATI Bukan “Lesen” Pohon Warga Negara

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyifatkan langkah kerajaan melaksanakan Program Regularisasi dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sebagai satu perancangan yang baik asalkan ia bukan mempermudahkan pendatang asing tanpa izin (PATI yang mendapat dokumen sah itu memohon menjadi warga negara Malaysia.

Advertisements

Naib Presiden PBS Johnny Mositun berkata kerajaan mesti tegas dan melaksanakan program itu secara berhati-hati.

“PBS sentiasa peka dengan keluhan dan luahan rakyat tempatan di Sabah yang rata-rata tidak mahu negeri kita dibanjiri PATI dan tidak mahu PATI menggunakan program ini sebagai “lorong tikus” untuk kekal berada di Sabah,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Semalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dipetik sebagai berkata kerajaan negeri sedang melaksanakan Program Regularisasi dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk mengurus dan menyelaras PATI untuk memperoleh dokumen pekerjaan yang sah.

Masidi berkata, program itu akan dilaksana dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.

Pengeluaran dokumen itu bagaimanapun bergantung kepada syarat tertentu dimana, PATI perlu memiliki pasport negara masing-masing dan mereka mestilah berasal dari negara-negara yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah; dan lain-lain syarat seperti mana yang dinyatakan oleh Jabatan Imigresen.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles