Pelan Pembangunan Traditional Lotud House janjikan tarikan baharu

TUARAN: Pelan pembangunan kreatif Traditional Lotud House & Tree House untuk jangka masa panjang menerima respon positif pemimpin di Tamparuli.iMenteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, selain dapat membantu masyarakat kampung menjana pendapatan serta peluang pekerjaan, idea tersebut juga mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke daerah kecil Tamparuli.

Advertisements

“Pelan jangka masa panjang ini sudah tentunya memerlukan fasa pembinaan tertentu, dan saya percaya dengan kemampuan dimiliki mereka di samping suntikan dana dari mana-mana pihak, pasti dapat dijayakan,” katanya. 

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berpuas hati dengan hasil taklimat berkenaan dan berharap agar dengan adanya sumber pdana dari mana-mana pihak nanti akan dapat digunakan sebaiknya bagi menjayakan projek tersebut.

“Kita mengharapkan semoga Pandemik Covid-19 akan segera berakhir bagi membolehkan para pengusaha sek tor pelancongan, khususnya di Tamparuli ini kembali beroperasi seperti biasa,” katanya.

Program taklimat singkat berkenaan diketuai pemilik rumah tradisi itu, Salome Dominus, dan adik beliau yang merupakan ‘mastermind’ kepada projek berkenaan, Florence Dominus di bangunan Tree House, Kampung Sawah dekat sini hari ini.

Menurut Salome, sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan Mac tahun lalu, sektor pelancongan di Tamparuli turut terjejas seperti mana yang berlaku di beberapa tempat lain.

“Bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat kami, malah kami sering mengadakan perbincangan dalam talian bersama ahli United Tuaran Tourism Association (UTTA) sambil bertukar pendapat mengenai perkembangan terkini melibatkan sektor pelancongan,” katanya.

Dalam taklimat tersebut juga, pelbagai bentuk tarikan baharu telah dirancang oleh pihak Traditional Lotud House & Tree House bagi menggalakkan lebih ramai pelancong untuk berkunjung di situ kelak.

Antara objektif cadangan projek bernilai kira-kira RM300,000 itu, selain menarik pelancong domestik, juga memberi peluang kepada masyarakat untuk melancong di dalam negara tanpa menggunakan bajet besar ke luar negara, dan menyediakan peluang perniagaan kepada masyarakat kampung. 

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, para pemimpin Lotud seperti Setiausaha Politik KPLBS, Jilias Lintar, Setiausaha Perhubungan Awam KPLBS, Romeo Sindeh dan Pemaju Mukim, James Sinail.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles