Esscom Tahan Lapan Pati Warga Indonesia

TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas pantai timur Sabah (ESSCOM) melalui Op Cegah Pati (OCP) Daratan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (pati) warga Indonesia, di sini, semalam.

Advertisements

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata kesemua mereka ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan pick-up jenis Toyota hilux berwarna merah di Kawasan kampung kurnia jaya batu 4, Jalan Apas. 

Beliau berkata ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, bertindak atas maklumat penyeludupan pati, sepasukan anggota keselamatan yang sedang melaksanakan tugas rondaan OCP Daratan ESSCOM yang terdiri daripada enam anggota Batalion 14 pasukan gerakan am (PGA), empat anggota pasukan polis Marin dan lima anggota 6 regiment renjer diraja (RRD) yang diketuai seorang anggota ESSCOM telah menahan sebuah kenderaan pick-up berwarna merah dalam keadaan mencurigakan yang melalui Kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut mendapati terdapat seramai 8 penumpang yang terdiri daripada 3 lelaki dewasa, 3 wanita dewasa dan 2 kanak-kanak berada di dalam kenderaan tersebut” . 

“Pemerikaaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah”, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ahmad Fuad berkata Kesemua pati yang berumur antara 6-47 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Pemerdagangan dan Penyeludupan Migran (ATISOM) 2007.

Turut dirampas sebuah kenderaan pick up jenis Toyota hilux berwarna merah yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Ahmad Fuad berkata ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh daerah di ESSZone dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif termasuk mengadaptasikan konsep “Show of Force” bagi mengawal kemasukan pati terutama daripada negara jiran dalam usaha mengekang dan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada merebak dibawa masuk ke negara ini melalui pati.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad sekali lagi mengulangi gesaan kepada Seluruh masyarakat di kawasan ESSZone agar sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada pasukan keselamatan termasuk menjadi “mata dan telinga” dengan menyalurkan maklumat penting terutama mengenai kemasukan rokok seludup mahupun PATI melalui laluan-laluan yang tidak diwartakan ataupun jalan tikus kepada pasukan keselamatan untuk tindakan segera ke Pusat Operasi ESSCOM ditalian 089-863181.

“Komuniti ESSZone juga diingatkan supaya jangan bersubahat dan bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut yang cuba mengambil kesempatan untuk menyeludup sama ada rokok ataupun pati ke negara ini”.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati ada pihak atau individu dalam kalangan komuniti yang bertindak bersubahat atau melindungi pati termasuk bersekongkol dengan tekong-tekong darat dan laut”, katanya..

Related Articles

253FansLike

Latest Articles