Jadikan Penggunaan Teknologi Digital Sebagai Gaya Hidup Baharu – Salleh

The Editorial Team

Advertisements

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru rakyat supaya mengadaptasikan teknologi digital sebagai gaya hidup baharu mereka.

Dalam blog terbarunya, beliau berkata Norma baharu mengajar rakyat supaya lebih berdikari dan menyesuaikan diri sebagai warganegara digital dalam melaksanakan pelbagai urusan mtermasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial.

Salleh berkata statistik 2018 di laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan pengguna internet Malaysia mencecah angka 28.7 juta orang atau 87.4 peratus, namun hanya separuh menggunakan perbankan dalam talian (54.2%). 

“Ia merupakan jumlah yang sedikit dan boleh dipertingkatkan. Ia lebih-lebih lagi dengan keadaan norma baharu yang amat memerlukan. 

“Melalui komunikasi secara online juga rakyat pastinya akan mudah menyampaikan aspirasi kepada kerajaan,” katanya.

Katanya selain itu,teknologi digital  membolehkan orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain terutama keluarga serta rakan secara berkala, lebih-lebih lagi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi dua minggu. 

“Kita tidak dibenarkan merentas negeri bagi memastikan wabak Covid-19 tidak menular.

“Maka menjadi warganegara digital adalah satu penyelesaian yang menjimatkan masa masyarakat dalam menguruskan hal-hal penting. 

Salleh berkata susulan keadaan kes Covid-19 yang tidak menentu, pengurusan transaksi dan komunikasi secara maya merupakan langkah yang tepat dan bijak.

“Jika dahulu, kita kurang pandang serius mengenai kebaikan dan kelebihannya. Maka inilah masanya segala manfaat mudah didapati hanya di hujung jari,” katanya.

Beliau percaya rakyat terus menjadi warganegara digital yang bijak dalam mencapai negara maju dan berharap pandemik Covid-19 akan beransur pulih agar ekonomi negara terus berkembang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles