Bung cadang setiap daerah memiliki kolam takungan air

PITAS: Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin mencadangkan agar setiap daerah di negeri ini mempunyai kolam takungan airnya sendiri sebagai alternatif tempat menyimpan air yang boleh digunakan apabila berlaku gangguan bekalan akibat banjir atau musim kemarau.

Advertisements

Sehubungan itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah meminta semua pegawai daerah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai beberapa agensi seperti Jabatan Air,Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains serta lain lain agensi berkaitan bagi membincangkan pelan cadangan dan  tindakan selain mencari tapak yang sesuai.

Dengar…Bung (tengah) ketika mendengar taklimat dari Jurutera JKR Daerah Pitas semasa program tersebut.

“Apabila ada cadangan dan laporan terperinci yang disyorkan jawatankuasa berkenaan, memudahkan pihak kerajaan mengambil tindakan susulan dan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek ini” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dari Jurutera Daerah JKR Pitas Lim Dixon Amando mengenai kerosakan jalan-jalan, jambatan dan paip air ekoran banjir  yang berlaku di daerah itu baru baru ini  di bilik mesyuarat JKR Pitas baru-baru ini.

Turit hadir Pembantu Menteri JKR Datuk Limus Jury, Adun Bengkako Harun Durabi dan Pegawai Daerah Pitas Haji Bakri Haji Nanun.

Menurut Bung,  masalah bekalan air bersih di beberapa daerah di Sabah timbul apabila berlaku musim banjir  ekoran air dari sungai tidak dapat disedut disebabkan air keruh dengan kadar keruhan ( NUT) yang tinggi  menyebabkan ianya tidak boleh diproses atau disebabkan alat muka suak dipenuhi sampah dan lumpur.

“Selama ini kita sedut air dari sungai terus ke rumah pam untuk diperoses dan apabila masalah di atas timbul dengan stok bekalan air di loji terhad menyebabkan kita mengambil masa berminggu malah berbulan baru dapat membekalkan air bersih kepada pengguna,” katanya.

Tambah Bung sekiranya ada kolam penyimpan air,ianya boleh digunakan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada pengguna sebagai alternatf bagi mengatasi terputus bekalan air semasa berlakunya musim banjir dan kemarau.

“ Setakat ini hanya tiga daerah sahaja di negeri ini mempunyai kolam takungan iaitu di Telibong Tamparuli, Milau Kudat dan di Sagaliud Kudat sementara daerah-daerah lain hanya bergantung dari bekalan dari rumah pum yang disedut terus dari sungai,” jelas Bung.

Dalam perkembangan lain, Bung meneliti setiap laporan kerosakan jalan,jambatan dan paip air yang terjejas di daerah Pitas ekoran masalah banjir yang berlaku baru baru ini dan meminta Jurutera Daerah mengambil tindakan segara dengan mendahulukan masalah yang terlalu kritikal sehingga menjejaskan sistem perhubungan masyarakat di kawasan tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles