Belia Mudah Terpengaruh Media Sosial – Pelajar UMS

Pada era globalisasi ini, perubahan drastik memaparkan bahawa belia negara kita mudah terpengaruh dengan media sosial. 

Advertisements

Pengaruh ini membawa kepada dua cabang iaitu positif dan negatif. Sememangnya media sosial mempunyai banyak kebaikan tetapi pengguna sendiri mengubahnya menjadi buruk. 

Tidak hairanlah bagaimana budaya-budaya luar negara dipamerkan oleh anak bangsa kita sendiri. “Berikan aku 10 orang pemuda akan ku goncang dunia”  kata-kata daripada pemimpin ini melambangkan bahawa belia mampu dididik dan diasah untuk menjadi orang yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dunia. 

Tetapi apa yang akan berlaku jika belia di negara kita tidak memikirkan tentang negara serta tidak mempedulikan tentang keharmonian negara sendiri? 

Adakah negara kita akan menjadi negara yang aman seperti sekarang pada 50 tahun akan datang? Di media sosial sekarang, belia berlumba lumba mengejar kepopularan dan terlalu taksub untuk mengejar sesuatu yang ‘viral’ pada masa kini sehingga memaksa diri untuk mendapatkannya segera. 

Yang boleh kita lihat sekarang, belia terlalu mengejar jumlah penonton,pengikut serta jumlah tanda suka ‘like’ yang banyak sehingga melakukan perkara yang tidak bermanfaat. 

Sebagai contoh melakukan ‘prank’ kepada orang awam untuk menguji tahap kesabaran seseorang. 

Perkara ini adalah perkara yang salah kerana mengganggu ketenteraman walaupun kepada orang yang kita kenal. 

Menguji tahap kesabaran seseorang itu perlulah dalam bentuk yang berfaedah. Didalam agama juga mengajar kita supaya tidak menyakiti seseorang dan bergurau berbatas. Tetapi apa yang dapat lihat, budaya ‘prank’ ini diangkat sebagai satu jenaka sehingga muncul dalam rancangan televisyen. 

Pada pandangan kasar anda sendiri,adakah perkara ini berfaedah untuk memaparkan kepada penonton? Seterusnya, penggunaan telefon pintar yang mana belia terlalu menggangkat telefon pintar yang berjenama ‘apple’ dikenali sebagai ‘iphone’ adalah satu gadjet yang harus mereka dapati. 

Sehingga belia sanggup bekerja dan menghabiskan masa mencari duit hanya kerana mahu mengikut trend dengan menjadi salah satu penggunanya. 

Hal ini kerana media sosial memaperkan bahawa serata belia menggunakan iphone pada masa kini. Ini membuktikan bahawa belia mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling di dalam media sosial. 

Seharusnya sebagai belia yang berfikiran matang, penggunaan media sosial amatlah penting tetapi tidak perlulah mengikut apa sahaja trend pada masa itu. 

Ini akan memudaratkan diri kita dan orang lain. Seharusnya belia mengekalkan budaya kita dan menjadi contoh negara yang menjaga tradisi kepada negara luar. 

Sebagai contoh,kita mempamerkan kepada negara luar koleksi pakaian tradisional negara kita seperti gadis berbaju kurung tradisional dan pemuda berbaju melayu tradisional dan semua baju tradisional. 

Selain itu,kita boleh mempamerkan makanan tradisional yang tiada di negara lain. Ini adalah satu konten yang bermanfaat dan harus dicontohi oleh orang lain.  Sesungguhnya pemikiran belia mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan belia haruslah sedar bahawa anda adalah harapan negara bangsa. 

Hilang satu belia maka hilanglah satu pemimpin masa depan negara kita. Negara kita boleh menjadi negara yang maju setanding negara lain seandainya pemimpin masa depan negara adalah belia yang berfikiran jauh pada hari ini.  

Related Articles

253FansLike

Latest Articles