{"id":9796,"date":"2022-01-28T15:29:02","date_gmt":"2022-01-28T07:29:02","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9796"},"modified":"2022-01-28T15:29:02","modified_gmt":"2022-01-28T07:29:02","slug":"bekas-wartawan-borneo-mail-meninggal-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/28\/bekas-wartawan-borneo-mail-meninggal-dunia\/","title":{"rendered":"Bekas Wartawan Borneo Mail meninggal dunia"},"content":{"rendered":"<p>Sumber &#8211; Nabalu News<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Albert Bingkasan, 58, bekas Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau, meninggal dunia pada pukul 5.20 pagi tadi.<\/p>\n<p>Bekas Wartawan Borneo Mail tahun 80-an itu meninggal dunia di Taman Sierra Menggatal.<\/p>\n<p>Abangnya Joseph Bingkasan yang juga bekas wartawan berkata, Albert dibenarkan keluar dari Hospital Queen Elizabeth pada 26 Januari, selepas dimasukkan ke hospital itu akibat pelbagai penyakit.<\/p>\n<p>&#8220;Kelmarin dia Ok tapi tadi pagi dia pengsan semasa di tandas. Isterinya menghubungi ambulans dan diberikan bantuan pernafasan tetapi tiada respond,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Albert menghembuskan nafas terakhir dikelilingi isteri dan empat orang anaknya.<\/p>\n<p>Joseph berkata, upacara pengkebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Keluarga Bingkasan Kg Talimakas Kionsom, Inanam. <\/p>\n<p>Beliau merupakan Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) sebelum melepaskan jawatan itu selepas pilihan raya negeri tahun 2020.<\/p>\n<p>Para pemimpin Upko menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Ketua Penerangan Upko itu.<\/p>\n<p>Presiden Upko Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, beliau terkejut apabila mendengar berita itu pagi ini.<\/p>\n<p>\u201cMendiang merupakan bekas Setiausaha Politik saya dan bekas Ketua Penerangan Upko Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSesungguhnya, mendiang merupakan seorang yang begitu dedikasi dalam setiap bidang tugasan yang dilakukan, sangat ramah perwatakannya dan begitu disenangi ramai dalam pergaulannya.<\/p>\n<p>\u201cHari ini, kita kehilangan seorang sahabat, seorang pemimpin dan seorang ayah atau suami kepada isteri dan anak-anaknya.<\/p>\n<p>\u201cSalam takziah. Hati dan fikiran saya bersama seluruh ahli keluarga mendiang ketika ini,\u201d kata Madius.<\/p>\n<p>Sementara itu Naib Presiden Upko yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mendoakan supaya keluarga mendiang tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih ini.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sedih apabila menerima perkhabaran pemergian Albert yang banyak bekerja untuk parti UPKO,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rakannya, Carlye Lajimin yang juga Timbalan Ketua Bahagian Upko Kota Belud turut menzahirkan ucapan takziah: \u201cDamai lah engkau di sana sahabatku Albert Bingkasan. Takziah kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan\u201d.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sumber &#8211; Nabalu News KOTA KINABALU: Albert Bingkasan, 58, bekas Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau, meninggal dunia pada pukul 5.20 pagi tadi. Bekas Wartawan Borneo Mail tahun 80-an itu meninggal dunia di Taman Sierra Menggatal. Abangnya Joseph Bingkasan yang juga bekas wartawan berkata, Albert dibenarkan keluar dari Hospital Queen Elizabeth pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9798,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9796","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9796","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9796"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9799,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9796\/revisions\/9799"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}