{"id":9774,"date":"2022-01-27T22:36:33","date_gmt":"2022-01-27T14:36:33","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9774"},"modified":"2022-01-27T22:36:33","modified_gmt":"2022-01-27T14:36:33","slug":"upko-tidak-bercadang-letak-calon-di-parlimen-kota-belud-ewon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/27\/upko-tidak-bercadang-letak-calon-di-parlimen-kota-belud-ewon\/","title":{"rendered":"UPKO tidak bercadang letak calon di Parlimen Kota Belud &#8211; Ewon"},"content":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) yang juga merupakan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Datuk Ewon Benedick menyatakan bahagian parti tersebut di Kota Belud tidak bercadang meletakkan calon di parlimen Kota Belud.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Upko Bahagian Kota Belud akan memperkemaskan jentera di peringkat cawangan bagi menghadapi pilihanraya negeri seterusnya yang sepatutnya diadakan pada tahun 2025.<\/p>\n<p>\u201cUpko kini berada dalam gabungan nasional Pakatan Harapan dan saya fikir kita perlu menyokong calon yang akan diletakkan oleh pucuk pimpinan samada daripada gabungan PH atau rakan PH. Tetapi jika saya masih Ketua Bahagian Upko Kota Belud selepas mesyuarat agung Bahagian tahun ini, saya akan memaklumkan pucuk pimpinan parti yang kita tidak akan meletakkan calon di parlimen Kota Belud,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau akan memberikan tumpuan besar kepada peranan dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian.<\/p>\n<p>\u201cDUN Kadamaian merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh Upko pada pilihanraya negeri yang lepas. Selain jentera Upko, kemenangan ini juga dibantu oleh jentera Warisan dan PKR serta mereka yang menyokong kepimpinan kita walaupun bukan ahli parti. <\/p>\n<p>\u201cUpko harus mempertahankan kemenangannya di Kadamaian dengan memperlihatkan prinsip dan pendekatan kepimpinan sebagai Wakil Rakyat serta memperkemaskan jentera di peringkat akar umbi dan pada masa yang sama memperkasakan kerjasama dengan semua pihak dan segmen masyarakat. Inilah tanggungjawab saya dan semua ahli parti Upko,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cDi Kadamaian, banyak yang menyatakan mereka tidak menyokong parti tetapi kepada personaliti. Justeru Upko perlu melahirkan personaliti-personaliti yang boleh diterima rakyat di Kadamaian melalui perkhidmatan, pelayanan dan perjuangan rakyat yang dilaksanakan. <\/p>\n<p>\u201cSaya adalah antara yang percaya bahawa seseorang pemimpin itu tidak perlu terlalu lama menjadi Wakil Rakyat. Cukuplah sehingga tiga penggal. Sebaik-baik pemimpin itu, tunjukkanlah sumbangan kepimpinan seawal yang boleh semasa penggal awal Wakil Rakyat bukannya di penghujung penggal.<\/p>\n<p>\u201cDalam dua tahun pertama sebagai Wakil Rakyat Kadamaian, saya telah laksanakan sebaiknya apa yang boleh bukan hanya perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal tetapi juga penyusunan jentera perkhidmatan seperti Mahkamah Anak Negeri dan Unit Pemimpin Pembangunan Kadamaia serta isu-isu pemilikan tanah dan program-program Kerajaan di Kadamaian. Saya percaya rakyat Kadamaian dapat menilai sendiri hasil kepimpinan ini.<\/p>\n<p>\u201cSelaku Wakil Rakyat di pihak pembangkang pula kini, saya perlu tunjukkan kecekalan kepimpinan dan pendekatan berprinsip. Saya mungkin tidak lagi boleh mengagih peruntukan seperti sebelum ini, tetapi saya tetap boleh berkhidmat dan menyantuni rakyat. Saya juga akan menggunakan tempoh ini untuk mempersiapkan Upko Kadamaian melahirkan personaliti-personaliti baharu yang akan menggantikan saya dan mempertahankan kemenangan Upko di Kadamaian dalam pilihanraya negeri yang akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon menyatakan demikian semasa berucap merasmikan pelancaran serentak mesyuarat agung tritahunan cawangan-cawangan Upko Bahagian Kota Belud hari ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) yang juga merupakan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Datuk Ewon Benedick menyatakan bahagian parti tersebut di Kota Belud tidak bercadang meletakkan calon di parlimen Kota Belud. Sebaliknya, Upko Bahagian Kota Belud akan memperkemaskan jentera di peringkat cawangan bagi menghadapi pilihanraya negeri seterusnya yang sepatutnya diadakan pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9775,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9774","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9774","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9774"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9774\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9776,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9774\/revisions\/9776"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9774"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9774"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9774"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}