{"id":9743,"date":"2022-01-26T22:23:25","date_gmt":"2022-01-26T14:23:25","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9743"},"modified":"2022-01-26T22:23:25","modified_gmt":"2022-01-26T14:23:25","slug":"pelajar-ums-rangkul-anugerah-inventor-muda-terbaik-dalam-pertandingan-inovasi-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/26\/pelajar-ums-rangkul-anugerah-inventor-muda-terbaik-dalam-pertandingan-inovasi-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Pelajar UMS rangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik dalam pertandingan inovasi antarabangsa"},"content":{"rendered":"<p>\u00a0<br \/>\nKOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik Bidang Sains Sosial dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Maya Antarabangsa Sabah (SIVIIC), baru-baru ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nUMS yang diwakili Hanif Abdurahman Siswanto, Alec Sean Tiannok Sunga dan Balqis Nasya Sajer menerima anugerah itu melalui \u2018Chasoot Nugget\u2019 iaitu sebuah produk makanan sampingan berasaskan sayuran.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKesemua mereka merupakan pelajar kursus kokurikulum berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat\u00a0 (INTERIM), Pusat kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) dengan dibimbing jurulatih dan penasihat, Sakinah Ithnin serta Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Dr. Jurry, keistimewaan produk inovasi daripada pucuk ubi kayu itu antaranya mempunyai khasiat yang baik dengan harga jualan yang mampu milik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPada masa yang sama, ia boleh menarik minat masyarakat untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dalam diet harian selain boleh membantu petani menambahkan pendapatan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cJustifikasi idea ini juga adalah bersandarkan kepada kajian manfaat pucuk ubi kayu kepada kesihatan manusia dan juga isu obesiti dalam kalangan masyarakat.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cDari segi pasaran, produk ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana limpahan ubi kayu di Malaysia, kemudahan pengeluarannya, dan fakta bahawa ia adalah nuget sejuk beku yang boleh disimpan lebih lama daripada makanan segar,\u201d katanya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nJurry berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPertandingan SIVIIC kali ke-2 itu merupakan anjuran Jabatan Penyelidikan, Hubungan Industri, Komuniti dan Alumni (PJIMA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nBertemakan &#8220;Menukarkan Ketidakpastian Covid-19 kepada Peluang&#8221;, sebanyak 60 produk dan inovasi merangkumi bidang sains dan sains sosial telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nMenurut Jurry, lima lagi \u00a0kumpulan lain turut mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila kesemua mereka masing-masing dinobatkan Anugerah Gangsa.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cLima kumpulan pelajar UMS ini meraih pingat melalui produk Smart A-Bin, Charm-Dal Light, Innovation of Tombstone \u2018Batu Nisan\u2019, Friendly Wudhuk Hand Shock, dan produk Prayermate With Pocket .<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPKPP berhasrat meneruskan budaya reka cipta dan inovasi sebagai satu daripada kaedah penyampaian dalam Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang ditawarkan di UMS.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSebagai menjamin kualiti dan impak menyeluruh kepada pelajar, PKPP UMS bercadang untuk menganjurkan bengkel dan seminar bersama Majlis Pengarah Kokurikulum Universiti Awam Malaysia (UniCC) pada masa akan datang,\u201d jelasnya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nDalam pada itu, Jurry memaklumkan bahawa pencapaian pelajar dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa membuktikan bahawa Kemahiran Reka Cipta dan Inovasi seperti yang disarankan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah sangat relevan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cPenerapannya sebagai satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam KKB amat bertepatan ke arah melahirkan pelajar holistik yang menguasai kemahiran insaniah kepimpinan dan interpersonal melalui kursus mata pelajaran umum \u00a0(MPU) yang wajib diambil oleh pelajar dalam pengajian mereka.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cSaya bersyukur dan berterima kasih kerana pasukan PKPP UMS, khususnya penyelaras inovasi Dr. Sharifah Rahamah Amirul sangat komited dalam membangunkan modul inovasi dalam PdP di pusat ini. \u00a0<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u201cUsaha ini juga adalah atas berkat sokongan UMS, terutama sekali daripada Naib Canselor, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr.\u00a0Rasid Mail, serta seluruh pucuk kepimpinan UMS,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik Bidang Sains Sosial dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Maya Antarabangsa Sabah (SIVIIC), baru-baru ini. \u00a0 UMS yang diwakili Hanif Abdurahman Siswanto, Alec Sean Tiannok Sunga dan Balqis Nasya Sajer menerima anugerah itu melalui \u2018Chasoot Nugget\u2019 iaitu sebuah produk makanan sampingan berasaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9744,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9743","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9743","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9743"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9743\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9745,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9743\/revisions\/9745"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9744"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9743"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9743"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9743"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}