{"id":9740,"date":"2022-01-26T13:59:45","date_gmt":"2022-01-26T05:59:45","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9740"},"modified":"2022-01-26T13:59:45","modified_gmt":"2022-01-26T05:59:45","slug":"kerajaan-komited-bela-nasib-rakyat-sabah-salleh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/26\/kerajaan-komited-bela-nasib-rakyat-sabah-salleh\/","title":{"rendered":"Kerajaan Komited Bela Nasib Rakyat Sabah &#8211; Salleh"},"content":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Kerajaan komited untuk membela nasib rakyat Sabah termasuk golongan yang terhimpit dengan pandemik Covid-19.<\/p>\n<p>Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan memahami masalah yang dihadapi rakyat khususnya para pelajar sekolah susulan penularan wabak Covid-19.<\/p>\n<p>&#8220;Banyak perkara berubah secara mendadak. \u00a0Adanya kewajiban pemakaian pelitup muka, penjagaan jarak 1 meter, amalan mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan amalan sembang rapat yang dilarang.<\/p>\n<p>&#8220;Selain perubahan-perubahan ini dan pengamalan norma baharu telah menjejaskan ekonomi semua warga di negara ini. \u00a0<\/p>\n<p>&#8220;Hal ini lebih menghimpit dan meninggalkan kesan lebih berat kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak yang kecil atau yang akan menghadapi peperiksaan yang utama seperti SPM dan STPM,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyeraan Bantuan Kerajaan Sabah untuk calon-calon peperiksaan SPM dan STPM tahun 2021 bagi daerah Kota Belud di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata di peringkat daerah Kota Belud sahaja, kerajaan Sabah menyalurkan Bantuan Tunai RM346,800 kepada para pelajar  yang  menduduki peperiksaan SPM dan STPM.<\/p>\n<p>Beliau berkata<br \/>\nBantuan Tunai berupa wang ringgit bernilai RM200 itu diagihkan kepada setiap pelajar terbabit.<\/p>\n<p>Bagi calon SPM, katanya bantuan itu melibatkan jumlah sebanyak RM281,200 untuk 1,406 orang calon dan selebihnya RM65,600.00 diberikan kepada 328 calon-calon STPM.<\/p>\n<p>Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berharap para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM dapat memanfaatkan bantuan itu dengan membeli keperluan-keperluan penting semasa peperiksaan itu kelak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BELUD: Kerajaan komited untuk membela nasib rakyat Sabah termasuk golongan yang terhimpit dengan pandemik Covid-19. Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan memahami masalah yang dihadapi rakyat khususnya para pelajar sekolah susulan penularan wabak Covid-19. &#8220;Banyak perkara berubah secara mendadak. \u00a0Adanya kewajiban pemakaian pelitup muka, penjagaan jarak 1 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9741,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9740","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9740","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9740"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9740\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9742,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9740\/revisions\/9742"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9741"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9740"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9740"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9740"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}