{"id":9664,"date":"2022-01-21T21:38:17","date_gmt":"2022-01-21T13:38:17","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9664"},"modified":"2022-01-21T21:38:17","modified_gmt":"2022-01-21T13:38:17","slug":"pengerusi-dap-sabah-mahu-wakil-rakyat-keluar-parti-letak-jawatan-adun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/21\/pengerusi-dap-sabah-mahu-wakil-rakyat-keluar-parti-letak-jawatan-adun\/","title":{"rendered":"Pengerusi DAP Sabah mahu wakil rakyat keluar parti letak jawatan ADUN"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN:  Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata\u00a0dua wakil rakyat\u00a0yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak\u00a0jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).<br \/>\nBeliau berkata\u00a0tindakan mereka dilihat sebagai untuk\u00a0berselindung\u00a0sebelum Rang Undang-Undang\u00a0Anti Lompat Parti\u00a0dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini.<br \/>\nPoon berkata beliau\u00a0kecewa dengan keputusan mereka untuk keluar parti, bersama seorang bekas senator, dan hairan dengan komen mereka, antara lain, \u201dterdapat kekurangan kepercayaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan dalam jawatankuasa (parti) negeri, pengerusi negeri khususnya\u201d.<br \/>\n&#8220;(Turut meletak jawatan sebagai ADUN) merupakan suatu tindakan terhormat. Ia adalah satu penyalahgunaan mandat rakyat bagi mana-mana Yang Berhormat (YB) parti politik yang dipilih untuk meletak\u00a0jawatan dalam parti untuk menjadi YB bebas atau menyertai parti politik lain,&#8221; katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.<br \/>\nPoon mengulas laporan bahawa ADUN Elopura Calvin Chong, ADUN Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin dan bekas senator Adrian Lasimbang telah memutuskan untuk keluar daripada DAP.<br \/>\nBeliau berkata beliau tidak pernah menegur wakil DAP negeri dan sentiasa menghormati mereka dengan menawarkan nasihat dan menyelesaikan isu bersama<br \/>\nBagaimanapun, Poon menggesa penyokong dan ahli DAP supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa parti itu akan membina semula dua kawasan pilihan raya &#8211; Elopura dan Sri Tanjong.<br \/>\nSementara itu, Wong ketika dihubungi mengesahkan keluar\u00a0DAP tetapi akan kekal sebagai ADUN pembangkang.<br \/>\nWong juga menafikan membuat keputusan itu selepas dipengaruhi bapanya, bekas Pengerusi DAP Sabah Datuk Jimmy Wong yang keluar parti pada November tahun lepas.<br \/>\nIa sepenuhnya keputusan saya dan tiada kaitan dengan bapa saya,\u201d\u00a0katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Poon.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata\u00a0dua wakil rakyat\u00a0yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak\u00a0jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Beliau berkata\u00a0tindakan mereka dilihat sebagai untuk\u00a0berselindung\u00a0sebelum Rang Undang-Undang\u00a0Anti Lompat Parti\u00a0dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini. Poon berkata beliau\u00a0kecewa dengan keputusan mereka untuk keluar parti, bersama seorang bekas senator, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9665,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9664","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9664"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9666,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9664\/revisions\/9666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9665"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}