{"id":9594,"date":"2022-01-18T10:24:43","date_gmt":"2022-01-18T02:24:43","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9594"},"modified":"2022-01-18T10:24:43","modified_gmt":"2022-01-18T02:24:43","slug":"ibu-negara-baharu-indonesia-di-kalimantan-timur-dinamakan-nusantara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/18\/ibu-negara-baharu-indonesia-di-kalimantan-timur-dinamakan-nusantara\/","title":{"rendered":"Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur dinamakan Nusantara"},"content":{"rendered":"<p>Gambar Hiasan<\/p>\n<p>Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar<\/p>\n<p>JAKARTA: \u00a0Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama\u00a0Nusantara, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu itu hari ini di Parlimen.<br \/>\nBeliau berkata Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengesahkan nama itu\u00a0pada Jumaat, 14 Jan.<br \/>\nIbu negara baharu itu adalah antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi di Indonesia sebagai pemangkin untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.<br \/>\n&#8220;Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara,&#8221; kata Suharso.<br \/>\nMenteri itu berkata Nusantara adalah istilah lama\u00a0Jawa, yang bermaksud\u00a0&#8220;pulau luar&#8221;,\u00a0ia ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global\u00a0sebagai\u00a0Republik Indonesia.<br \/>\nIndonesia memperuntukkan US$35.8 juta (US$1=RM4.18) dalam bajet negeri 2022 untuk pembinaan ibu negara baharu itu. Keseluruhan projek itu\u00a0menelan kos\u00a0US$35 bilion.<br \/>\nPembinaan fizikal sebenar akan dimulakan tahun ini\u00a0setelah rang undang-undang ibu negara itu diluluskan oleh parlimen.<br \/>\nPada 9 Sept tahun lalu,\u00a0Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No. 85 Tahun 2021 mengenai Rancangan Kerja Kerajaan bagi 2022, yang merangkumi lapan langkah strategik untuk mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu yang lengkap dengan infrastruktur sokongan.<br \/>\nIa termasuk mempercepat\u00a0realisasi pelaburan, mengoptimum pembangunan komoditi dan meningkatkan jaminan undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil pemilikan tanah.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gambar Hiasan Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar JAKARTA: \u00a0Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama\u00a0Nusantara, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu itu hari ini di Parlimen. Beliau berkata Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengesahkan nama itu\u00a0pada Jumaat, 14 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9595,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9594","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9594","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9594"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9594\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9596,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9594\/revisions\/9596"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9595"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}