{"id":9587,"date":"2022-01-18T08:09:03","date_gmt":"2022-01-18T00:09:03","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9587"},"modified":"2022-01-18T08:09:03","modified_gmt":"2022-01-18T00:09:03","slug":"itp-ejen-perubahan-pulihkan-industri-perkayuan-di-sabah-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/18\/itp-ejen-perubahan-pulihkan-industri-perkayuan-di-sabah-hajiji\/","title":{"rendered":"ITP ejen perubahan pulihkan industri perkayuan di Sabah &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Perladangan Pokok Perindustrian (ITP) adalah ejen perubahan untuk memulihkan industri kayu balak\u00a0Sabah dan mengembalikan\u00a0kegemilangannya sama seperti\u00a0tahun 1980-an apabila ia mencatatkan pengeluaran sebanyak 12 juta meter padu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.<br \/>\nBeliau berkata ITP, perkongsian awam-swasta yang inovatif antara Kerajaan Sabah dan industri perkayuan untuk mengurangkan tekanan terhadap\u00a0kayu tropika dan hutan, ia diunjurkan memperoleh RM7 bilion setahun daripada eksport kayu.<br \/>\nDi bawah inisiatif ITP, penggiat\u00a0industri perkayuan dalam sektor swasta Sabah akan menanam 80 juta pokok dalam tempoh 10 hingga 12 tahun membabitkan pelaburan sebanyak RM4 bilion.<br \/>\n\u201cBerdasarkan input industri, kewujudan ladang hutang\u00a0berkeluasan 400,000 hektar akan berpotensi menciptakan\u00a0peluang pekerjaan kepada 40,000 pekerja mahir dan separuh mahir dalam sektor huluan.<br \/>\n&#8220;Sebanyak 40,000 pekerja lagi dalam industri hiliran akan diciptakan\u00a0selepas tempoh tertentu. Kita harus memastikan industri perkayuan mampan untuk generasi akan datang dan untuk industri tersebut,&#8221; katanya\u00a0pada\u00a0Sidang Kemuncak Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa Sabah (SIBE) 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, pada Isnin.<br \/>\nSIBE 2022 bertemakan \u2018Membuka Potensi Sabah, Menciptakan\u00a0Peluang Perniagaan\u2019\u00a0akan berlangsung\u00a0selama dua hari bermula hari ini. Kira-kira 400 peserta menghadiri acara itu termasuk delegasi antarabangsa, pelabur dan pemain industri.<br \/>\nHajiji berkata ITP bukan sahaja ejen perubahan ekonomi tetapi ia penting untuk pemuliharaan dan kemampanan.<br \/>\nJabatan Perhutanan Sabah sebagai pemelihara hutan ditugaskan untuk memantau pelaksanaan ITP bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan tadbir urus hutan, katanya.<br \/>\n\u201cPenanaman pokok di kawasan yang dimusnahkan oleh aktiviti pembalakan akan memberi manfaat yang besar (jika kita mahu) sebuah negara neutral\u00a0karbon seawal tahun 2050. Usaha ini adalah selaras dengan Tadbir Urus Alam Sekitar, Sosial dan Korporat\u00a0(ESG) dan matlamat pembangunan mampan.&#8221;<br \/>\nKetua Menteri Sabah itu berkata kepentingan kelestarian adalah tinggi dalam agenda kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan alam sekitar dan isu pemanasan global yang berlaku sekarang\u00a0tetapi juga merupakan penyumbang positif kepada pembangunan ekonomi dan hasil negeri.<br \/>\nHajiji juga berkata beliau akan menyaksikan tiga majlis menandatangani Memorandum Persefahaman esok untuk pelaburan berimpak tinggi dalam pertanian, perindustrian dan pelancongan.<br \/>\nKerajaan negeri yakin\u00a0bahawa pelaburan baharu ini\u00a0termasuk pembuatan panel\u00a0solar yang inovatif dan ladang herba berskala besar akan menjamin Sabah memperoleh pulangan yang baik selain mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyatnya, katanya.<br \/>\n&#8220;Kami berharap\u00a0lebih ramai pelabur domestik dan asing memasuki Sabah dan kerajaan negeri akan mengukuhkan pelaksanaan pelbagai projeknya,&#8221; katanya.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Perladangan Pokok Perindustrian (ITP) adalah ejen perubahan untuk memulihkan industri kayu balak\u00a0Sabah dan mengembalikan\u00a0kegemilangannya sama seperti\u00a0tahun 1980-an apabila ia mencatatkan pengeluaran sebanyak 12 juta meter padu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Beliau berkata ITP, perkongsian awam-swasta yang inovatif antara Kerajaan Sabah dan industri perkayuan untuk mengurangkan tekanan terhadap\u00a0kayu tropika dan hutan, ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9588,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9587","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9587"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9587\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9589,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9587\/revisions\/9589"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9588"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}