{"id":9334,"date":"2022-01-07T13:39:07","date_gmt":"2022-01-07T05:39:07","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9334"},"modified":"2022-01-07T13:39:07","modified_gmt":"2022-01-07T05:39:07","slug":"situasi-bencana-banjir-parlimen-beluran-ditangani-dengan-baik-ronald","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/07\/situasi-bencana-banjir-parlimen-beluran-ditangani-dengan-baik-ronald\/","title":{"rendered":"Situasi Bencana Banjir Parlimen Beluran Ditangani dengan baik &#8211; Ronald"},"content":{"rendered":"<p>PAITAN: Situasi bencana banjir di beberapa kawasan di Parlimen Beluran sejak Sabtu lepas dapat ditangani dengan tersusun hasil koordinasi baik antara jabatan dan agensi kerajaan.<br \/>\nAhli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ia termasuklah dalam menguruskan aset-aset keperluan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk terjejas banjir.<br \/>\n\u201cSaya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kerana wujudnya kerjasama dan koordinasi yang baik antara jabatan dan agensi kerajaan menerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dalam menangani situasi banjir di beberapa kawasan di Beluran.<br \/>\n&#8220;Ia termasuklah dalam pengurusan aset-aset yang diperlukan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas banjir,\u201d katanya kepada media selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di Kampung Simpangan Paitan, semalam.<br \/>\nBeliau turut meninjau kawasan terjejas banjir di Kampung Golong dan Kampung Sungai- Sungai.<br \/>\nHadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri dan Penolong Pegawai Daerah Beluran (Pentadbiran) Dayang Nooramie Awg Damit.<br \/>\nRonald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, penyediaan makanan bermasak kepada mangsa terjejas banjir di beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut diselaraskan dengan baik.<br \/>\n\u201cIni merupakan satu koordinasi yang baik berdasarkan pengalaman dalam menangani bencana yang setiap tahun berlaku di Sabah,\u201d katanya.<br \/>\nDalam pada itu, Ronald berkata, lebih 5,000 bakul makanan telah disumbangkan kepada penduduk terjejas banjir membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Beluran iaitu di Sugut, Telupid dan Labuk.<br \/>\n&#8220;Pejabat saya (Parlimen Beluran) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk telah menyerahkan bakul makanan kepada mangsa terjejas banjir dan akan terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat,&#8221; katanya.<br \/>\nBeliau berkata proses agihan bakul makanan juga kini sedang dilaksanakan oleh kakitangan pejabat parlimen dan pejabat DUN Labuk.<br \/>\nSementara itu, berdasarkan statistik Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah mengenai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir setakat jam 8 pagi tadi, terdapat 35 mangsa membabitkan 11 Ketua Isi Rumah masih ditempatkan di dua PPS di Telupid iaitu di Dewan Kampung Maau dan Masjid Kampung Gana Jati.<br \/>\nManakala di Paitan terdapat sebuah PPS masih dibuka di Dewan SMK Pamol membabitkan 20 mangsa dari empat Ketua Isi Rumah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAITAN: Situasi bencana banjir di beberapa kawasan di Parlimen Beluran sejak Sabtu lepas dapat ditangani dengan tersusun hasil koordinasi baik antara jabatan dan agensi kerajaan. Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ia termasuklah dalam menguruskan aset-aset keperluan dan tenaga kerja bagi membantu memindahkan penduduk terjejas banjir. \u201cSaya ingin merakamkan penghargaan terima kasih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9335,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9334","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9334"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9334\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9336,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9334\/revisions\/9336"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9334"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9334"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}