{"id":9273,"date":"2022-01-04T21:40:09","date_gmt":"2022-01-04T13:40:09","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9273"},"modified":"2022-01-04T21:40:09","modified_gmt":"2022-01-04T13:40:09","slug":"kpm-diselar-cuti-sekolah-bertentangan-konsep-keluarga-malaysia-madius-cadang-tarikh-baru-yang-lebih-inklusif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/04\/kpm-diselar-cuti-sekolah-bertentangan-konsep-keluarga-malaysia-madius-cadang-tarikh-baru-yang-lebih-inklusif\/","title":{"rendered":"KPM Diselar Cuti Sekolah bertentangan konsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019, Madius cadang tarikh baru yang lebih inklusif"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyifatkan  jadual cuti sekolah bagi Penggal Pertama Sesi 2022\/2023 persekolahan sebagai anti- perpaduan dan bercanggah dengan konsep keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Katanya, kalendar cuti penggal itu menafikan guru-guru serta pelajar-pelajar untuk meraikan dua perayaan utama iaitu Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, dan Hari Gawai di Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cRakyat di Sabah dan Sarawak termasuk para guru dan pelajar meraikan pesta Kaamatan pada 30 &#8211; 31 Mei 2022 (Isnin dan Selasa), manakala Sambutan Hari Gawai pula disambut pada 1- 2 Jun 2022 (Rabu dan Khamis).<\/p>\n<p>\u201cNamun apa yang terjadi ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini mengumumkan bahawa cuti penggal pertama persekolahan adalah hanya pada Jumaat, 3 Jun 2022 hingga Jumaat, 11 Mei 2022.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya benarlah kerajaan ingin menjiwai konsep Keluarga Malaysia, mengapakah perkara sensitif dan boleh mengganggu-gugat keharmonian rakyat berbilang kaum ini masih berlaku,\u201d tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut mempersoalkan KPM yang disifatkannya sudah berulang kali melakukan kesilapan yang hampir serupa.<\/p>\n<p>\u201cKedua-duanya sambutan itu bagi di Sabah dan Sarawak masing-masing ia termasuk dalam cuti kelepas am. Jadi KPM sepatutnya sedia maklum. Kenapakah KPM berkali-kali buat kesilapan. <\/p>\n<p>\u201cKemudian, apa pula peranan Kementerian Perpaduan Negara? inilah pertanyaan saya berkali-kali di Parlimen dan yang balik-balik dielakkan oleh KPN untuk menjawabnya. <\/p>\n<p>\u201cApakah ini membuktikan Menteri-menteri tidak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka,\u201d soal Madius lagi. <\/p>\n<p>Beliau mencadangkan agar pihak KPM mengkaji semula dan meletakkan tarikh lebih sesuai dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cSelaku Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran saya mencadangkan supaya Jadual tersebut diubah balik. <\/p>\n<p>\u201cSaya minta supaya jadual cuti Penggal Pertama Sesi 2022\/2023 dipindahkan kepada tarikh 30 Mei 2022 (Isnin) dan sehingga 6 Jun 2022 (Isnin),\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyifatkan jadual cuti sekolah bagi Penggal Pertama Sesi 2022\/2023 persekolahan sebagai anti- perpaduan dan bercanggah dengan konsep keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri. Katanya, kalendar cuti penggal itu menafikan guru-guru serta pelajar-pelajar untuk meraikan dua perayaan utama iaitu Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9274,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9273","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9273","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9273"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9273\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9275,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9273\/revisions\/9275"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9273"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9273"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9273"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}