{"id":9226,"date":"2022-01-03T05:48:00","date_gmt":"2022-01-02T21:48:00","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9226"},"modified":"2022-01-03T05:48:00","modified_gmt":"2022-01-02T21:48:00","slug":"pks-sabah-disaran-merebut-peluang-ditawarkan-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2022\/01\/03\/pks-sabah-disaran-merebut-peluang-ditawarkan-kerajaan\/","title":{"rendered":"PKS Sabah disaran merebut peluang ditawarkan kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penyertaan ibu tunggal dalam produk makanan tradisional sedia untuk dimakan atau `ready-to-eat\u2019, yang diusahakan oleh EMOMS menarik perhatian isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajah Juliah Salag.<br \/>\n&#8220;Saya berasa amat kagum dengan konsep operasi EMOMS, melibatkan ibu tunggal yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk yang dihasilkan mengekalkan resipi turun temurun dari dapur sendiri atau `homemade kitchen\u2019,\u201d katanya.<br \/>\nSambil mengalu-alukan penglibatan ibu tunggal sebagai usahawan, katanya ia kerana pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan kepada banyak sektor.<br \/>\nSehubungan itu, Juliah berharap lebih ramai orang terutamanya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di dalam Belanjawan 2022 negeri.<br \/>\nDalam Belanjawan Sabah pada tahun ini, kerajaan negeri melipatgandakan usaha membantu usahawan IKS termasuk dalam aspek pemasaran, katanya ketika melancarkan produk EMOS di Hotel Grandis di sini pada Ahad.<br \/>\nBeliau berkata, kerjasama dengan Pasaraya Bataras dan PETRONAS Dagangan Berhad melalui program pemasaran produk IKS Sabah di Kedai Mesra PETRONAS, akan diteruskan pada tahun ini.<br \/>\n\u201cDalam pada itu, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah diperuntukkan RM5.76 juta untuk penubuhan empat lagi Pusat PKS pada 2022 bagi membantu memasarkan produk IKS. Ini berita baik untuk pengurusan EMOMS dan juga IKS di Sabah.<br \/>\n&#8220;Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah memberi menfaat kepada kira-kira 3,269 usahawan sejak penubuhannya juga akan diteruskan,&#8221; katanya.<br \/>\nSejajar dengan norma baharu dalam menjalankan perniagaan, Juliah menggesa pengurusan EMOS mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan melalui pelbagai program yang dirangka untuk meningkatkan kualiti produk IKS serta meneroka pasaran luar negara melalui platform digital.<br \/>\n\u201cApa yang penting, produk itu mestilah menarik dari segi pembungkusannya selain bertahan lebih lama,\u201d katanya sambil menambah bahawa beliau yakin melalui usaha kerajaan, produk seperti EMOMS bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. .<br \/>\nJuliah ingin melihat jenama EMOMS yang terdiri daripada pelbagai resipi seperti Ikan Tausi Berlada yang popular selain pes ikan ampap, pes ayam berempah dan pes rendang ayam dan daging, akan menembusi pasaran tempatan serta luar negara.<br \/>\nBeliau juga berharap lebih banyak pihak termasuk persatuan wanita khususnya yang terlibat dalam perniagaan dapat membantu mempromosikan produk keluaran ibu tunggal dan usahawan IKS di negeri ini dengan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk menembusi pasaran yang lebih besar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Penyertaan ibu tunggal dalam produk makanan tradisional sedia untuk dimakan atau `ready-to-eat\u2019, yang diusahakan oleh EMOMS menarik perhatian isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajah Juliah Salag. &#8220;Saya berasa amat kagum dengan konsep operasi EMOMS, melibatkan ibu tunggal yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk yang dihasilkan mengekalkan resipi turun temurun dari dapur sendiri atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9223,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9226","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9226"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9226\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9228,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9226\/revisions\/9228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}