{"id":9016,"date":"2021-12-23T16:13:02","date_gmt":"2021-12-23T08:13:02","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=9016"},"modified":"2021-12-23T16:33:02","modified_gmt":"2021-12-23T08:33:02","slug":"pengusaha-pelancongan-disaran-tidak-lupuskan-tempahan-pakej-berbayar-mangsa-banjir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/23\/pengusaha-pelancongan-disaran-tidak-lupuskan-tempahan-pakej-berbayar-mangsa-banjir\/","title":{"rendered":"Pengusaha Pelancongan Disaran Tidak Lupuskan Tempahan Pakej Berbayar Mangsa Banjir"},"content":{"rendered":"<p>KUNDASANG: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri menyarankan  agar pengusaha pelancongan  di negara ini tidak melupuskan tempahan pakej berbayar  pelancong domestik yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata pihaknya amat terharu dan sedih dengan nasib yang menimpa mereka dan &#8216;mungkin ada di kalangan mereka yang telah membeli pakej-pakej pelancongan tertentu tetapi tidak dapat menggunakan tiket atau baucer yang ditempah lebih awal&#8217;.<\/p>\n<p>Oleh itu, katanya pihaknya menyeru pengusaha pelancongan termasuk pemilik hotel dan inapdesa supaya tidak melupuskan tiket dan baucer tersebut, sebaliknya membenarkan mereka menggunakannya pada masa akan datang.<\/p>\n<p>Nancy berkata kementerian itu juga berharap syarikat penerbangan dapat menimbang untuk membenarkan pelancong domestik khususnya mangsa banjir menggunakan semula tiket penerbangan itu atau menunda penerbangan.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya &#8216;Jejakbudaya@Kundasang 2021 di Pentas Budaya di sini hari ini.<\/p>\n<p>Nancy berkata sektor pelancongan negara mula menunjukkan peningkatan terutama selepas Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong luar negara dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya momentum itu terkesan sedikit dengan penularan Covid-19 jenis Omicron.<\/p>\n<p>Katanya secara keseluruhan aktiviti pelancongan domestik masih lagi &#8220;hebat&#8221; terutama di Langkawi.<\/p>\n<p>Susulan penularan Omicron, Nancy berkata pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura  menerusi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) khas antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi digantung buat sementara waktu berkuatkuasa hari ini sehingga awal tahun depan.<\/p>\n<p>Terdahulu, dalam ucapannya, Nancy berkata kementeriannya komited untuk terus melestarikan seni budaya negara termasuk di Sabah.<\/p>\n<p>Katanya usaha menonjolkan seni budaya dalam kalendar pelancongan bertujuan mempelbagaikan produk pelancongan yang kini berpaksi kepada keindahan semula jadi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUNDASANG: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri menyarankan agar pengusaha pelancongan di negara ini tidak melupuskan tempahan pakej berbayar pelancong domestik yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Beliau berkata pihaknya amat terharu dan sedih dengan nasib yang menimpa mereka dan &#8216;mungkin ada di kalangan mereka yang telah membeli pakej-pakej pelancongan tertentu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":9017,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-9016","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9016","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9016"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9016\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9020,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9016\/revisions\/9020"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9017"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9016"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9016"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9016"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}