{"id":8854,"date":"2021-12-16T12:29:21","date_gmt":"2021-12-16T04:29:21","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8854"},"modified":"2021-12-16T12:29:21","modified_gmt":"2021-12-16T04:29:21","slug":"ums-anjur-program-mobiliti-asia-tenggara-2021","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/16\/ums-anjur-program-mobiliti-asia-tenggara-2021\/","title":{"rendered":"UMS anjur Program Mobiliti Asia Tenggara 2021"},"content":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kolej Kediaman Lestari UMS dan Kolej 13, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Mobiliti Asia Tenggara (Malaysia \u2013 Thailand \u2013 Indonesia), baru-baru ini. <\/p>\n<p>Program tersebut melibatkan enam buah universiti;  UMS dan UPM mewakili Malaysia, Thaksin University mewakili Thailand, dan tiga universiti dari Indonesia iaitu Universitas Andalas, Universitas Syiah Kuala dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.<\/p>\n<p>Berlangsung selama tiga hari secara dalam talian, seramai 29 pelajar telah mengambil bahagian.<\/p>\n<p>Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) FPL, Dr. Mohd Rakib Mohd Rashid. <\/p>\n<p>Menurut beliau, program mobiliti itu diadakan sebagai platform bagi membolehkan para pelajar dari tiga negara Asia Tenggara mempelajari budaya dan ilmu berkaitan pertanian. <\/p>\n<p>\u201cObjektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan budaya Malaysia, Thailand dan Indonesia; berkongsi ilmu khususnya mengenai pertanian, dan membangunkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi pelajar melalui program di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cPertukaran idea, memupuk persefahaman di antara negara dan budaya adalah penting.<\/p>\n<p>\u201cKita memerlukan pengetahuan dan kesedaran berhubung dengan kekangan dan peluang yang menanti,\u201d katanya dalam ucapan perasmian.<\/p>\n<p>Mohd Rakib berkata, walaupun perjumpaan secara fizikal tidak dapat diadakan akibat kekangan pandemik Covid-19, namun aktiviti program dapat dilaksanakan dengan jayanya secara maya. <\/p>\n<p>\u201cPara peserta dan kakitangan yang terlibat dapat berkongsi pengalaman dan budaya masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kita semua ke arah masa depan pertanian yang lebih baik, kerana generasi muda ini merupakan bakal pemimpin di masa akan datang.  <\/p>\n<p>\u201cUMS juga berharap hubungan persahabatan dan kerjasama antara universiti yang terlibat dapat dieratkan lagi pada masa hadapan melalui pelbagai aktiviti dalam bidang pertanian,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Hadir sama, Pengetua Kolej 13 UPM, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SANDAKAN: Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kolej Kediaman Lestari UMS dan Kolej 13, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Mobiliti Asia Tenggara (Malaysia \u2013 Thailand \u2013 Indonesia), baru-baru ini. Program tersebut melibatkan enam buah universiti; UMS dan UPM mewakili Malaysia, Thaksin University mewakili Thailand, dan tiga universiti dari Indonesia iaitu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8855,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8854","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8854","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8854"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8854\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8856,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8854\/revisions\/8856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8855"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8854"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8854"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8854"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}