{"id":8850,"date":"2021-12-16T12:25:14","date_gmt":"2021-12-16T04:25:14","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8850"},"modified":"2021-12-16T17:42:39","modified_gmt":"2021-12-16T09:42:39","slug":"sistem-pendawaian-premis-perlu-ikut-akta-suruhanjaya-tenaga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/16\/sistem-pendawaian-premis-perlu-ikut-akta-suruhanjaya-tenaga\/","title":{"rendered":"Sistem pendawaian premis perlu ikut akta: Suruhanjaya Tenaga"},"content":{"rendered":"<p>Sistem pendawaian bagi setiap premis perlu dipasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447} dan Peraturan-Peraturan Elektrik, serta mematuhi keperluan teknikal standard yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST).<\/p>\n<p>Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah (STPBS) Jefrey Nuri berkata hal demikian adalah penting kerana risiko untuk kemalangan yang mampu meragut nyawa sangat tinggi sekiranya pemasangan yang dilakukan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKita hendak mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kecelakaan yang mampu meragut nyawa dan kerana itu sebarang pemasangan yang berkaitan dengan tenaga dan pendawaian, perlu mengikut spesifikasi dan undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Touchpoint ST di Karambunai hari ini.<\/p>\n<p>Jelas beliau lagi, ST sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahayanya pemasangan sistem pendawaian secara haram.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kita juga giat dalam usaha kita untuk memperbanyakkan program berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), seperti mana yang kita lakukan hari ini di sini yang melibatkan dua buah dewan masyarakat dan sebuah masjid.<\/p>\n<p>\u201cMelalui program ini, kita menjalankan kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem pendawaian sedia ada yang using dan kita turut menjalankan kerja pemasangan sistem pendawaian baru bagi premis yang belum mempunyai bekalan elektrik.<\/p>\n<p>\u201cKita menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem pendawaian dengan kakitangan dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, kerja-kerja penambahbaikan itu telah mulai dilakukan sejak November lepas.<\/p>\n<p>\u201cKita mula melakukan kerja penambahbaikan dengan Peranti Arus Baki (PAB) pada papan agihan (distribution board) yang kita dapati tidak menepati standard piawaian ST dan kita menggantikan dengan yang sewajarnya.<\/p>\n<p>\u201cKita semua mesti faham dan sedar bahawa pemasangan alat perlindungan PAB yang sesuai dan berkesan untuk pengguna mampu menyelamatkan dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu melindungi pengguna daripada terlibat dengan kemalangan yang tidak diduga seperti terkena renjatan elektrik apabila terdapat kebocoran arus atau litar pintas,\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>&#8220;ST turut berharap agar masyarakat lebih berhati-hati ketika musim banjir bagi mengelakkan kemalangan elektrik yang boleh menyebabkan kecederaan dan lebih buruk lagi membawa maut.<\/p>\n<p>Sebelum menghidupkan semula suis utama pada papan agihan, pastikan pendawaian dan pembumian rumah diperiksa, dibaiki dan diuji oleh kontraktor elektrik dan disahkan selamat oleh pendawai elektrik yang berdaftar dengan ST,&#8221; tegas beliau<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem pendawaian bagi setiap premis perlu dipasang mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447} dan Peraturan-Peraturan Elektrik, serta mematuhi keperluan teknikal standard yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST). Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah (STPBS) Jefrey Nuri berkata hal demikian adalah penting kerana risiko untuk kemalangan yang mampu meragut nyawa sangat tinggi sekiranya pemasangan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8851,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8850","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-ekonomi-bm"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8850","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8850"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8850\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8862,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8850\/revisions\/8862"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8851"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8850"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8850"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8850"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}