{"id":8671,"date":"2021-12-09T17:51:37","date_gmt":"2021-12-09T09:51:37","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8671"},"modified":"2021-12-09T17:51:37","modified_gmt":"2021-12-09T09:51:37","slug":"elak-kemalangan-estetika-madius-gesa-kerajaan-tubuh-badan-selia-industri-kecantikan-untuk-lindungi-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/09\/elak-kemalangan-estetika-madius-gesa-kerajaan-tubuh-badan-selia-industri-kecantikan-untuk-lindungi-pengguna\/","title":{"rendered":"Elak kemalangan estetika, Madius gesa kerajaan tubuh badan selia industri kecantikan untuk lindungi  pengguna"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) menggesa kerajaan agar satu badan penyelia ditubuhkan bagi memantau industri kecantikan di negara ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, permintaan sains kecantikan (estetika) pada masa kini semakin tinggi menyebabkan berlaku peningkatan bilangan pengamalnya di pasaran.<\/p>\n<p>\u201cMenurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) pada tahun 2013, jumlah dagangan kosmetik adalah kira-kira RM1.7 bilion (USD$407 juta. Namun, sejak 40 tahun yang lalu, tidak ada undang-undang yang spesifik untuk mengawal selia industri kecantikan. <\/p>\n<p>\u201cOleh yang demikian, kemalangan estetik yang menyebabkan kecederaan dan maut telah berlaku kepada pengguna. Ini telah menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana insiden tersebut disebabkan oleh pengamal kecantikan tidak berlesen khususnya mereka yang tidak bertauliah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Ucapan Kamar Khas di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur semalam.<\/p>\n<p>Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, kemalangan yang berlaku memberi impak negatif kepada imej pengamal profesional yang mempunyai kelayakan dan bertauliah.<\/p>\n<p>\u201cLaporan dari Pusat Khidmat Pengguna Nasional (NCCC), terdapat 1,771 kes aduan yang berkaitan dengan kecantikan dan estetika telah dilaporkan pada tahun 2018. <\/p>\n<p>\u201cAduan-aduan tersebut merangkumi prestasi perkhidmatan, kaedah rawatan, kekeliruan maklumat, kaedah pemasaran yang tidak beretika, caj perkhidmatan, komplikasi kesihatan, pembatalan pakej, pembatalan keahlian, premis perniagaan, keselamatan dan penipuan. <\/p>\n<p>\u201cIni telah menyebabkan kerugian sebanyak RM18,857,458.07. Oleh kerana itu, perlulah diwujudkan sebuah badan yang mampu boleh mengawal selia sendiri (self-regulated) pengamal kecantikan yang bertauliah untuk memastikan keselamatan pengguna,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Madius memaklumkan bahawa sebuah badan kawal selia sendiri dalam industri tersebut telah  membuat permohonan kepada KPDNHEP, namun sehingga kini masih  belum menerima sebarang maklum balas.<\/p>\n<p>\u201cSyarikat tersebut ialah Association of International Certified Aesthetician (AICA) merupakan  sebuah organisasi profesional bukan kerajaan\/bukan keuntungan yang telah ditubuhkan pada tahun 2015.<br \/>\n\u201cObjektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk membentuk satu eko-sistem undang-undang yang lengkap untuk industri kecantikan. <\/p>\n<p>\u201cAICA juga telah bekerjasama dengan IPEC Certification Bureau, sebuah badan pensijilan ISO (ISO certification body) yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia untuk memperkasakan profesion kecantikan melalui penganugerahan sijil ISO kepada individu yang layak dan menepati kriteria yang telah ditetapkan,\u201d katanya. <\/p>\n<p>Ujar Madius, AICA juga telah menerbitkan garis panduan  \u201cBeauty Therapist and Aesthetic Specialist Guideline\u201d khusus untuk para pengamal kecantikan. <\/p>\n<p>\u201cSaya cadangkan satu badan bukan kerajaan seperti AICA diberikan tanggungjawab untuk mengawal selia industri kecantikan demi kepentingan rakyat dan menyumbang kepada ekonomi negara. <\/p>\n<p>\u201cBadan ini harus bekerjasama dengan KPDNHEP, Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk merealisasikan tujuan ini. <\/p>\n<p>\u201cSaya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang telah atau akan diambil oleh Kementerian untuk mengawal selia industri kecantikan dan mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku dan melindungi pengguna pada masa hadapan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) menggesa kerajaan agar satu badan penyelia ditubuhkan bagi memantau industri kecantikan di negara ini. Menurutnya, permintaan sains kecantikan (estetika) pada masa kini semakin tinggi menyebabkan berlaku peningkatan bilangan pengamalnya di pasaran. \u201cMenurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) pada tahun 2013, jumlah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8672,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8671","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8671","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8671"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8671\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8673,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8671\/revisions\/8673"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8671"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8671"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8671"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}