{"id":8661,"date":"2021-12-09T13:35:18","date_gmt":"2021-12-09T05:35:18","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8661"},"modified":"2021-12-09T13:35:18","modified_gmt":"2021-12-09T05:35:18","slug":"penduduk-bangau-bangau-kecewa-shafie-gagal-selesaikan-masalah-setinggan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/09\/penduduk-bangau-bangau-kecewa-shafie-gagal-selesaikan-masalah-setinggan\/","title":{"rendered":"Penduduk Bangau-Bangau Kecewa Shafie Gagal Selesaikan Masalah Setinggan"},"content":{"rendered":"<p>SEMPORNA: Kegagalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk &#8216;menamatkan&#8217; permasalahan setinggan di kawasan perkampungan Bangau-Bangau, di sini, dilihat amat menyedihkan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Semporna, Nixon Abdul Habi berkata, perjuangan Mohd Shafie yang hanya lantang bersuara terhadap isu-isu lain tetapi gagal untuk membela nasib rakyat di daerah itu, memperlihatkan sikap sebenar bekas Ketua Menteri Sabah itu.<\/p>\n<p>Jelasnya, penempatan Kampung Bangau-Bangau yang terjejas sejak insiden kebakaran pada 2015 lalu belum lagi dapat diselesaikan dengan jayanya dan beliau meminta supaya perkara tersebut diatasi segera.<\/p>\n<p>&#8220;Ini memandangkan skop penempatan di daerah ini dilihat agak berterabur dan pada masa yang sama mereka mengambil sikap tidak peduli dengan permasalahan berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Sehingga kini, mangsa-mangsa kebakaran di kampung tersebut hanya mendiami kawasan setinggan kotor berhampiran penempatan Kampung Bangau-Bangau dan ia amat menyedihkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Nixon dalam masa yang sama menyelar kepimpinan WARISAN selaku wakil rakyat di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semporna kerana tidak menyelesaikan permasalahan rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau, Kg Panji, Kg Air, Kg Simunul serta penempatan UNHCR di Kg Selamat.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka mewakili tiga kawasan DUN termasuklah Parlimen Semporna yang diwakili oleh bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejak tahun 1995.<\/p>\n<p>&#8220;Akan tetapi, masalah-masalah rumah setinggan ini masih gagal diatasi mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang dibimbangi sejak dahulu, masalah rumah setinggan ini telah menimbulkan pelbagai masalah seperti isu kebakaran, keselamatan, pembaziran utiliti, sampah sarap, masalah penyakit Covid-19 dan sebagainya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu, menurut Nixon, pihaknya berharap supaya rakyat khasnya di daerah Semporna melihat perkara ini dengan wajar dan memikirkan kesinambungan yang telah dijanjikan pemimpin WARISAN kepada mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEMPORNA: Kegagalan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk &#8216;menamatkan&#8217; permasalahan setinggan di kawasan perkampungan Bangau-Bangau, di sini, dilihat amat menyedihkan. Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Semporna, Nixon Abdul Habi berkata, perjuangan Mohd Shafie yang hanya lantang bersuara terhadap isu-isu lain tetapi gagal untuk membela nasib rakyat di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8662,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8661","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8661","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8661"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8661\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8663,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8661\/revisions\/8663"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8662"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8661"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8661"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8661"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}