{"id":8658,"date":"2021-12-09T11:05:11","date_gmt":"2021-12-09T03:05:11","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8658"},"modified":"2021-12-09T11:05:11","modified_gmt":"2021-12-09T03:05:11","slug":"kes-rasuah-pejawat-awam-negeri-turun-87-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/09\/kes-rasuah-pejawat-awam-negeri-turun-87-peratus\/","title":{"rendered":"Kes rasuah pejawat awam negeri turun 87 peratus"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan pejawat awam negeri menurun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Negeri membanteras gejala itu.<br \/>\nKetua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penurunan ketara itu jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab bersama memerangi jenayah ini semakin meningkat.<br \/>\nStatistik SPRM menunjukkan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 yang kemudiannya menurun kepada 11 pada 2019, sembilan pada 2020 dan sehingga Ogos tahun ini hanya enam kes telah disiasat.<br \/>\n\u201cIanya turut mencerminkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini,\u201d kata Ketua Menteri sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri Sabah di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.<br \/>\nMenurut beliau, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mewajibkan sektor awam mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk memastikan tahap integriti tinggi kalangan pejawat awam dan menangani gejala rasuah.<br \/>\n\u201cSaya menyeru kepada semua kementerian di negeri ini agar turut memberikan komitmen yang padu dalam mengwujudkan OACP,\u201d katanya sambil menambah bagi syarikat milik kerajaan negeri Sabah (GLC), pelaksanaan pelan itu adalah merupakan salah satu inisiatif dalam mempersiapkan organisasi komersial kerajaan agar mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.<br \/>\nHajiji berkata sembilan daripada 11 kementerian negeri telahpun melaksanakan OACP masing-masing.<br \/>\nKatanya selain daripada memantapkan lagi tadbir urus dan integriti, pelaksanaan OACP dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.<br \/>\n\u201cSaya percaya jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan komitmen yang tinggi dan berusaha melestarikan integriti secara menyeluruh khususnya kepada seluruh Warga Perkhidmatan Awam di negeri ini, untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan menyedarkan masyarakat keseluruhannya bahawa perbuatan memberi rasuah merupakan suatu kesalahan yang amat serius,\u201d katanya.<br \/>\nHajiji menggesa agar masyarakat memberi sokongan dan kerjasama dengan melaporkan kesalahan seperti salah guna kuasa dan rasuah di kawasan mereka kepada SPRM.<br \/>\n\u201cMereka yang memberi maklumat penting kepada SPRM akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,\u201d katanya.<br \/>\nHadir bersama Timbalan Ketua Menteri III\/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai dan Pengarah SPRM Sabah Datuk Karunanithy a\/l Y Subbiah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan pejawat awam negeri menurun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Negeri membanteras gejala itu. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penurunan ketara itu jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8651,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8658","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8658","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8658"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8658\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8659,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8658\/revisions\/8659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8651"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8658"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8658"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8658"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}