{"id":8505,"date":"2021-11-05T20:27:26","date_gmt":"2021-11-05T12:27:26","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8505"},"modified":"2021-12-05T20:37:17","modified_gmt":"2021-12-05T12:37:17","slug":"projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/05\/projek-ecolinc-kinabalu-berjaya-cipta-kerjasama-kuat-antara-kerajaan-komuniti\/","title":{"rendered":"Projek Ecolinc Kinabalu berjaya cipta kerjasama kuat antara Kerajaan, komuniti"},"content":{"rendered":"<p>RANAU: Projek Ecolinc Kinabalu telah berjaya mencipta kerjasama yang kuat antara pihak Kerajaan dan komuniti dalam pengurusan sumber alam secara mampan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang bangga dengan pencapaian ini berkata, ia jelas menunjukkan komitment Kerajaan di dalam membantu komuniti bukan sahaja dalam aktiviti berbetuk koservasi alam tapi juga dari aspek pembangunan kapasiti diri dan pembangunan taraf hidup.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa merasmikan Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan dan pelancaran tiga denai baharu projek tersebut di majlis yang diadakan di kampung tersebut kelmarin.<\/p>\n<p>Projek Ecolinc Kinabalu ini dimulai dengan satu kajian oleh ERE consultant pada tahun 2011 yang bertujuan untuk melihat keperluan dan kepentingan pembentukan \u2018ecological linkage\u2019 yang menghubungkan dua taman daratan terbesar Taman Taman Sabah, iaitu Crocker Range Park dan Kinabalu Park. <\/p>\n<p>\u201cWaktu itu, saya masih berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah. Sokongan saya terhadap pelaksanaan projek Ecolinc yang dikenali sebagai \u2019Projek Wildlife Corridor (koridor hidupan liar)\u2019 pada masa itu tidak sia sia. <\/p>\n<p>\u201cHari ini, Projek Ecolinc telah lahir dan dilaksanakan di Kampung Bundu Tuhan. Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini,\u201d kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.<\/p>\n<p>Jelasnya, Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak telah dimeterai sejak Disember 2014 lagi. <\/p>\n<p>Kerjasama ini dizahirkan dengan pembinaan pusat semaian bibit (nursery) pada tahun 2015 dan dirasmikan pada Mei 2016. <\/p>\n<p>Pembinaan nursery ini bertujuan untuk melicinkan program restorasi hutan dan kawasan terjejas. Lebih 2,000 anak pokok boleh ditempatkan di nursery ini untuk ditanam di Kampung Bundu Tuhan serta beberapa kampung terpilih yang lain.<\/p>\n<p>Selain itu, Komuniti Kampung Bundu Tuhan juga dilibatkan secara langsung dengan program pertanian mampan. <\/p>\n<p>\u201cKita tahu bahawa majoriti penduduk Kampung Bundu Tuhan terlibat dalam aktviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama. <\/p>\n<p>\u201cProjek Ecolinc Kinabalu telah memperkenalkan sistem pertanian mampan yang mana lebih bersifat mesra alam. <\/p>\n<p>\u201cProgram ini dijalankan dengan teliti dan dilengkapi dengan pembelajaran dan latihan aplikasi pertanian lestari. Pakar-pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijemput untuk memberikan pendedahan tentang teknik teknk pertanian mampan. <\/p>\n<p>\u201cProduk hasilan pertanian bukan sahaja terhad kepada produk mentah tapi juga berproses seperti serunding tuhau, jeruk sayur serta penghasilan baja kompos,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada tahun 2019 sehingga kini, katanya, masyarakat Kampung Bundu Tuhan telah menikmati pertambahan dari sudut pengeluaran produk pertanian dan mendapat peningkatan dari segi aspek pendapatan.<\/p>\n<p>\u201cPada hari ini, kita dapat melihat hasil kerjasama yang erat ini melalui perasmian Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan. <\/p>\n<p>\u201cBalai Komuniti ini dibangunkan dengan bantuan dana yang diberikan oleh pihak Projek Ecolinc Kinabalu dibawah program Sabah EU-REDD+. <\/p>\n<p>\u201cBalai Komuniti ini akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Jawatankuasa Pemegang amanah Hutan Lindungan Komuniti (Winokok) Bundu Tuhan,\u201d kata Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID).<\/p>\n<p>Tambahnya, dengan adanya balai ini, maka pengurusan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan hutan Winokok dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.<\/p>\n<p>Selain daripada perasmian Balai Komuniti, Pihak Komuniti Bundu Tuhan juga akan menerima 14 unit perangkap kamera sumbangan daripada Projek Ecolinc Kinabalu. <\/p>\n<p>Perangkap kamera ini boleh digunakan untuk pemantauan hutan Winokok dengan lebih berkesan dan sistematik. <\/p>\n<p>Dr. Joachim turut merasmikan pembukaan tiga denai \u2018Heritage Trail\u2019, Hatob Trail\u2019 dan \u2018Boundary Trail\u2019.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan terus menyokong projek projek kerjasama antara Kerajaan dan komuniti seumpama ini. <\/p>\n<p>\u201cKerjasama antara pihak Kerajaan dan komuniti setempat adalah kunci keberkesanan usaha menjaga sumber alam kita,\u201d kata beliau, sambil mengucapkan syabas kepada Taman Taman Sabah dan Komuniti Kampung Bundu Tuhan atas keberjayaan kerjasama erat ini. <\/p>\n<p>\u201cSaya berharap agar perkara seumpama ini berterusan dan menjadi ikutan oleh pelbagai pihak di seluruh negeri Sabah khususnya dan masyarakat dunia amnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah, Ludi Apin; Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir; Ketua Anak Negeri DUN Kundasang, Dominic Ghani; Ketua Penolong Pengarah Taman Kinabalu Taman-Taman Sabah Thomas Yussof; Pengurus Projek Ecolinc Kinabalu, Andy Martin; ketua-ketua jabatan, wakil jabatan dan, ketua-ketua kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).<br \/>\nRANAU: Projek Ecolinc Kinabalu telah berjaya mencipta kerjasama yang kuat antara pihak Kerajaan dan komuniti dalam pengurusan sumber alam secara mampan.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang bangga dengan pencapaian ini berkata, ia jelas menunjukkan komitment Kerajaan di dalam membantu komuniti bukan sahaja dalam aktiviti berbetuk koservasi alam tapi juga dari aspek pembangunan kapasiti diri dan pembangunan taraf hidup.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa merasmikan Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan dan pelancaran tiga denai baharu projek tersebut di majlis yang diadakan di kampung tersebut kelmarin.<\/p>\n<p>Projek Ecolinc Kinabalu ini dimulai dengan satu kajian oleh ERE consultant pada tahun 2011 yang bertujuan untuk melihat keperluan dan kepentingan pembentukan \u2018ecological linkage\u2019 yang menghubungkan dua taman daratan terbesar Taman Taman Sabah, iaitu Crocker Range Park dan Kinabalu Park. <\/p>\n<p>\u201cWaktu itu, saya masih berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah. Sokongan saya terhadap pelaksanaan projek Ecolinc yang dikenali sebagai \u2019Projek Wildlife Corridor (koridor hidupan liar)\u2019 pada masa itu tidak sia sia. <\/p>\n<p>\u201cHari ini, Projek Ecolinc telah lahir dan dilaksanakan di Kampung Bundu Tuhan. Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini,\u201d kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang.<\/p>\n<p>Jelasnya, Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak telah dimeterai sejak Disember 2014 lagi. <\/p>\n<p>Kerjasama ini dizahirkan dengan pembinaan pusat semaian bibit (nursery) pada tahun 2015 dan dirasmikan pada Mei 2016. <\/p>\n<p>Pembinaan nursery ini bertujuan untuk melicinkan program restorasi hutan dan kawasan terjejas. Lebih 2,000 anak pokok boleh ditempatkan di nursery ini untuk ditanam di Kampung Bundu Tuhan serta beberapa kampung terpilih yang lain.<\/p>\n<p>Selain itu, Komuniti Kampung Bundu Tuhan juga dilibatkan secara langsung dengan program pertanian mampan. <\/p>\n<p>\u201cKita tahu bahawa majoriti penduduk Kampung Bundu Tuhan terlibat dalam aktviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama. <\/p>\n<p>\u201cProjek Ecolinc Kinabalu telah memperkenalkan sistem pertanian mampan yang mana lebih bersifat mesra alam. <\/p>\n<p>\u201cProgram ini dijalankan dengan teliti dan dilengkapi dengan pembelajaran dan latihan aplikasi pertanian lestari. Pakar-pakar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut dijemput untuk memberikan pendedahan tentang teknik teknk pertanian mampan. <\/p>\n<p>\u201cProduk hasilan pertanian bukan sahaja terhad kepada produk mentah tapi juga berproses seperti serunding tuhau, jeruk sayur serta penghasilan baja kompos,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada tahun 2019 sehingga kini, katanya, masyarakat Kampung Bundu Tuhan telah menikmati pertambahan dari sudut pengeluaran produk pertanian dan mendapat peningkatan dari segi aspek pendapatan.<\/p>\n<p>\u201cPada hari ini, kita dapat melihat hasil kerjasama yang erat ini melalui perasmian Balai Komuniti Kampung Bundu Tuhan. <\/p>\n<p>\u201cBalai Komuniti ini dibangunkan dengan bantuan dana yang diberikan oleh pihak Projek Ecolinc Kinabalu dibawah program Sabah EU-REDD+. <\/p>\n<p>\u201cBalai Komuniti ini akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Jawatankuasa Pemegang amanah Hutan Lindungan Komuniti (Winokok) Bundu Tuhan,\u201d kata Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID).<\/p>\n<p>Tambahnya, dengan adanya balai ini, maka pengurusan hal ehwal berkaitan dengan pengurusan hutan Winokok dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan selesa.<\/p>\n<p>Selain daripada perasmian Balai Komuniti, Pihak Komuniti Bundu Tuhan juga akan menerima 14 unit perangkap kamera sumbangan daripada Projek Ecolinc Kinabalu. <\/p>\n<p>Perangkap kamera ini boleh digunakan untuk pemantauan hutan Winokok dengan lebih berkesan dan sistematik. <\/p>\n<p>Dr. Joachim turut merasmikan pembukaan tiga denai \u2018Heritage Trail\u2019, Hatob Trail\u2019 dan \u2018Boundary Trail\u2019.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan terus menyokong projek projek kerjasama antara Kerajaan dan komuniti seumpama ini. <\/p>\n<p>\u201cKerjasama antara pihak Kerajaan dan komuniti setempat adalah kunci keberkesanan usaha menjaga sumber alam kita,\u201d kata beliau, sambil mengucapkan syabas kepada Taman Taman Sabah dan Komuniti Kampung Bundu Tuhan atas keberjayaan kerjasama erat ini. <\/p>\n<p>\u201cSaya berharap agar perkara seumpama ini berterusan dan menjadi ikutan oleh pelbagai pihak di seluruh negeri Sabah khususnya dan masyarakat dunia amnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah, Ludi Apin; Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir; Ketua Anak Negeri DUN Kundasang, Dominic Ghani; Ketua Penolong Pengarah Taman Kinabalu Taman-Taman Sabah Thomas Yussof; Pengurus Projek Ecolinc Kinabalu, Andy Martin; ketua-ketua jabatan, wakil jabatan dan, ketua-ketua kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RANAU: Projek Ecolinc Kinabalu telah berjaya mencipta kerjasama yang kuat antara pihak Kerajaan dan komuniti dalam pengurusan sumber alam secara mampan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang bangga dengan pencapaian ini berkata, ia jelas menunjukkan komitment Kerajaan di dalam membantu komuniti bukan sahaja dalam aktiviti berbetuk koservasi alam tapi juga dari aspek pembangunan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8507,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[26],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8505","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-community"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8505","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8505"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8505\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8508,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8505\/revisions\/8508"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8507"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8505"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8505"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8505"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}