{"id":8457,"date":"2021-12-04T17:50:02","date_gmt":"2021-12-04T09:50:02","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8457"},"modified":"2021-12-04T17:50:02","modified_gmt":"2021-12-04T09:50:02","slug":"muhyiddin-optimis-perikatan-nasional-jadi-pilihan-rakyat-pada-pru15","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/12\/04\/muhyiddin-optimis-perikatan-nasional-jadi-pilihan-rakyat-pada-pru15\/","title":{"rendered":"Muhyiddin optimis Perikatan Nasional jadi pilihan rakyat pada PRU15"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis gabungan berkenaan akan menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.<br \/>\nBerucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan\u00a0ke-50 di sini, beliau berkata ini kerana PN\u00a0menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini.<br \/>\n\u201cKerana itulah kita membentuk Perikatan Nasional\u00a0yang dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),\u00a0Parti Progresif Sabah\u00a0(SAPP).\u00a0 Kita mahu menjadikan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan politik di peringkat nasional yang menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat, cekap, telus dan berintegriti,\u201d katanya hari ini.<br \/>\nPresiden Bersatu itu berkata PN juga telah membuktikan gabungan itu\u00a0mampu mentadbir negara dengan baik dengan mengamalkan dasar prihatin rakyat serta mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang dan pencapaian itu akan dipertahan\u00a0dan persembahkan kepada rakyat untuk dinilai.<br \/>\nSementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata sistem parti dominan\u00a0di negara ini telah runtuh selepas PRU14, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tidak lagi menjadi kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan.<br \/>\nKatanya, ia menyaksikan Kerajaan Persekutuan pada masa ini dibentuk oleh PN, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).<br \/>\nBeliau yang juga\u00a0Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip integriti, PN telah meletakkan asas yang jelas dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan mahu pun negeri.<br \/>\n\u201cDalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada hari ini, tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa mereka adalah parti dominan yang boleh melakukan apa sahaja mengikut selera parti masing-masing tanpa mengambil kira pandangan parti-parti lain yang membentuk kerajaan dan kepentingan rakyat,\u201d katanya.<br \/>\nMengenai peranan Gerakan\u00a0dalam PN, Muhyiddin berkata\u00a0parti itu perlu\u00a0bersama-sama memperkukuhkan PN sebagai sebuah gabungan politik nasional yang kuat dan disokong oleh majoriti rakyat.<br \/>\n\u201cInilah tugas dan cabaran besar bagi Gerakan sebagai sebuah parti anggota PN. Saya percaya tugas ini akan dapat digalas dengan baik oleh seluruh pimpinan dan ahli Gerakan yang berjuang dengan semangat satu hati untuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat dan negara,\u201d katanya.<br \/>\nSementara itu, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam sidang media selepas perasmian itu berkata untuk menarik sokongan rakyat, parti itu akan menampilkan\u00a0calon muda pada PRU15 selaras dengan pindaan\u00a0umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang telah diwartakan pada 1 Dis lepas.<br \/>\nSelain itu, beliau berkata berdasarkan post-mortem Pilihan Raya Negeri Melaka, parti itu juga akan melipatgandakan usaha\u00a0penggunaan media sosial bagi menarik sokongan rakyat.<br \/>\n\u201cKita berpandangan kempen dalam norma\u00a0baharu menggunakan media sosial ini merupakan kekuatan yang kita akan kekalkan,&#8221; katanya.<br \/>\nPersidangan turut dihadiri Penasihat Gerakan \u00a0Datuk Seri Mah Siew Keong, Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis gabungan berkenaan akan menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan\u00a0ke-50 di sini, beliau berkata ini kerana PN\u00a0menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8458,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8457","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-nation-news"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8457","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8457"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8459,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8457\/revisions\/8459"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8458"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}