{"id":8250,"date":"2021-11-28T13:19:08","date_gmt":"2021-11-28T05:19:08","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8250"},"modified":"2021-11-28T13:19:08","modified_gmt":"2021-11-28T05:19:08","slug":"sokong-penuh-usaha-kukuh-perpaduan-dan-kestabilan-dalam-negeri-bersatu-kk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/28\/sokong-penuh-usaha-kukuh-perpaduan-dan-kestabilan-dalam-negeri-bersatu-kk\/","title":{"rendered":"Sokong penuh usaha kukuh perpaduan dan kestabilan dalam negeri: BERSATU KK"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Usaha untuk memupuk dan mengekalkan keutuhan perpaduan serta kestabilan dalam ekonomi serta pembangunan negeri akan terus didukung terutamanya untuk mencapai objektif Sabah Maju Jaya.<\/p>\n<p>Ketua Bahagian BERSATU Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Yusuf Hamdain Diego berkata kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditetajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus didukung, khasnya kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.<\/p>\n<p>\u201cFokus kita sebagai antara parti kompenen dalam GRS ialah untuk membina negeri dan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera dengan mengoptimumkan sumber dan hasil negeri, merangsang pemulihan ekonomi, meningkatkan ekonomi rakyat dan membangunkan modal insan.<\/p>\n<p>\u201cKita sedar, pandemik COVID19 yang melanda dunia bukan hanya menjejaskan ekonomi negeri dan rakyat, malah turut menekan dan menguji kesepaduan kita dalam mengekalkan keharmonian dalam pentadbiran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penangguhan Persidangan Bahagian BERSATU Kota Kinabalu di sini hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Faisyal lagi, kepimpinan BERSATU khasnya bagi Bahagian Kota Kinabalu amat berharap agar kepentingan dan hak negeri sentiasa diperjuangkan dan disempurnakan oleh Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cSepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, kita amat berharap agar Aku Janji Perikatan Nasional semasa Pilihan Raya Negeri 16 yang lalu, dapat dipelihara dan terus diperjuangkan.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, kita juga amat berharap agar pertimbangan khusus kepada Sabah dapat diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terutama dalam aspek yang berhubungkait dengan prasarana pembangunan, pendidikan dan perumahan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPastinya apa sahaja agenda pembangunan dan keharmonian yang dirancangkan, adalah penting untuk aspek keperluan rakyat diberi keutamaan khas,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Faisyal turut menyeru semua ahli BERSATU untuk sentiasa memelihara nama baik parti dengan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli yang membawa perjuangan parti kepada peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu bekerja bersama dalam satu pasukan untuk membela nasib rakyat dalam memajukan negeri Sabah tercinta dan hasil positif pasti dapat dihasilkan jika kita bekerja keras seiring dengan keperluan dan kehendak rakyat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, susunan gerak kerja yang relevan juga perlu sentiasa diseiringkan bagi memastikan golongan muda khasnya berasa selesa dan dekat dengan perjuangan parti.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu susun gerak kerja dengan kreatif untuk menarik anak muda dan belia kerana mereka adalah pelapis dalam perjuangan parti.<\/p>\n<p>\u201cBelialah aset negara, belialah barisan pelapis yang perlu diberi pendedahan mengenai sistem demokrasi dan operasi parti,\u201d ujar beliau lagi.<\/p>\n<p>Dalam persidangan Bersatu Kota Kinabalu turut mengesyorkan agar jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan kepada tidak melebihi dua penggal berturut-turut kata Faisyal.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Usaha untuk memupuk dan mengekalkan keutuhan perpaduan serta kestabilan dalam ekonomi serta pembangunan negeri akan terus didukung terutamanya untuk mencapai objektif Sabah Maju Jaya. Ketua Bahagian BERSATU Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Yusuf Hamdain Diego berkata kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditetajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus didukung, khasnya kepimpinan Ketua Menteri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8251,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8250","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8250","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8250"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8250\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8252,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8250\/revisions\/8252"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8250"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8250"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8250"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}