{"id":8203,"date":"2021-11-25T20:07:39","date_gmt":"2021-11-25T12:07:39","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8203"},"modified":"2021-11-25T20:07:39","modified_gmt":"2021-11-25T12:07:39","slug":"ums-anjur-persidangan-pascasiswazah-antarabangsa-pada-8-10-disember","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/25\/ums-anjur-persidangan-pascasiswazah-antarabangsa-pada-8-10-disember\/","title":{"rendered":"UMS Anjur Persidangan Pascasiswazah Antarabangsa pada 8-10 Disember"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan persidangan antarabangsa 5th International Postgraduate Conference On Biotechnology (IPCB) 2021 pada 8-10 Disember depan. <\/p>\n<p>Persidangan itu buat julung kalinya diadakan secara hibrid bersama-sama tiga buah institut penyelidikan di UMS iaitu Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) dan Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB).<\/p>\n<p>Pengerusi penganjur IPCB 2021, Prof. Madya Ts. Dr. Sitti Raehanah Mohd Shaleh berkata,  ia juga dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Soka University, Jepun; dan Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Indonesia. <\/p>\n<p>\u201cPersidangan ini antara lain bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama penyelidikan dalam kalangan penyelidik muda. <\/p>\n<p>\u201cIa juga menggalakkan kerjasama pelbagai hala dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sekali gus memajukan generasi sains akan datang dan memacu pembangunan mampan sumber asli,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini. <\/p>\n<p>Menurut Sitti Raehanah, persidangan itu juga akan menampilkan Profesor Patrick Sorgeloos dari Ghent University, Belgium sebagai penyampai ucaptama.<\/p>\n<p>\u201cTurut menjadi pengucaptama ialah Profesor Dr. Henry Bernard dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS.<\/p>\n<p>\u201cSeramai 68 peserta telah mengesahkan penyertaan dan akan mengambil bahagian dalam pembentangan secara lisan dan melalui poster penyelidikan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Untuk rekod, IPCB 2021 diadakan dengan tema kajian sumber asli dan ekosistem; pengurusan alam sekitar; teknologi dan aplikasi bio; dan eko-kejuruteraan. <\/p>\n<p>Persidangan selama tiga hari itu turut dipengerusikan bersama Pengarah IPB UMS Prof. Dr. Lee Ping Chin, dan Pengarah IBTP UMS,  Prof. Madya Dr. Monica Suleiman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan persidangan antarabangsa 5th International Postgraduate Conference On Biotechnology (IPCB) 2021 pada 8-10 Disember depan. Persidangan itu buat julung kalinya diadakan secara hibrid bersama-sama tiga buah institut penyelidikan di UMS iaitu Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) dan Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB). Pengerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8204,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8203","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-bm-belia"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8203","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8203"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8203\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8205,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8203\/revisions\/8205"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8204"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8203"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8203"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8203"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}