{"id":8015,"date":"2021-11-17T21:03:56","date_gmt":"2021-11-17T13:03:56","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=8015"},"modified":"2021-11-17T21:06:51","modified_gmt":"2021-11-17T13:06:51","slug":"sejak-bila-tuntut-hak-sabah-satu-hasutan-soal-pemuda-upko-kota-kinabalu-pergerakan-pemuda-pertubuhan-kinabalu-progresif-bersatu-upko-menyifakan-kenyataan-menteri-di-jabatan-perdana-menteri-hal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/17\/sejak-bila-tuntut-hak-sabah-satu-hasutan-soal-pemuda-upko-kota-kinabalu-pergerakan-pemuda-pertubuhan-kinabalu-progresif-bersatu-upko-menyifakan-kenyataan-menteri-di-jabatan-perdana-menteri-hal\/","title":{"rendered":"Sejak Bila Tuntut Hak Sabah Satu Hasutan &#8211; Soal Pemuda Upko"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyifakan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili amat mengejutkan rakyat Sabah.<\/p>\n<p>Dalam laporan media baru-baru ini Maximus menggesa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak supaya tidak menghasut sentimen anti-Putrajaya.<\/p>\n<p>Ketua Pergerakan Pemuda Upko Felix Joseph Saang berkata, Maximus sepatutnya menyokong dan membantu Ahli-Ahli Parlimen dari negeri ini menuntut hak dan menyuarakan apa yang patut untuk kebaikan seluruh rakyat Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cMaximus sepatutnya senada dengan sentimen rakyat Sabah bukannya mengambil pendekatan \u2018tunduk kepada Putrajaya\u201d.<\/p>\n<p>\u201cHarus difahami, kita bukan anti Putrajaya tetapi kita mahu kerajaan persekutuan memberi layanan sama rata terutamanya dari segi pengagihan peruntukan pembangunan serta hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>\u201cBagi pendapat saya, kenyataan-kenyataan \u2018pedas\u2019 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bukan bermakna mereka anti-Putrajaya atau menghasut rakyat supaya membenci kerajaan persekutuan tetapi untuk menunjukkan pendirian tegas mereka bahawa sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak mendapat apa yang sepatutnya,\u201d kata Felix.<\/p>\n<p>Felix menambah, menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak pastinya mengetahui dan sedar bahawa lapan daerah termiskin di Malaysia adalah di Sabah. <\/p>\n<p>&#8220;Beliau ini merupakan menteri dari Sabah, tidakkah beliau tahu bahawa Sabah masih terlalu jauh ketinggalan dari pelbagai aspek pembangunan? Sabah masih yang termundur dan terbelakang sekali dalam banyak perkara. <\/p>\n<p>\u201cKenapa Putrajaya tidak boleh dikritik? Sejak bila menuntut hak Sabah ini dilabel sebagai menghasut? Kenyataan menteri ini sangat luar biasa, tidak masuk akal dan amat menyedihkan rakyat Sabah&#8221;, kata Felix<\/p>\n<p>Beliau juga menyeru agar lebih ramai anak muda Sabah bangkit dan berani  bersuara lantang menuntut hak-hak serta kepentingan wilayah Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyifakan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Maximus Ongkili amat mengejutkan rakyat Sabah. Dalam laporan media baru-baru ini Maximus menggesa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak supaya tidak menghasut sentimen anti-Putrajaya. Ketua Pergerakan Pemuda Upko Felix Joseph Saang berkata, Maximus sepatutnya menyokong [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":8016,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-8015","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8015","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8015"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8015\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8019,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8015\/revisions\/8019"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8016"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8015"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8015"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8015"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}