{"id":7789,"date":"2021-11-07T22:12:29","date_gmt":"2021-11-07T14:12:29","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7789"},"modified":"2021-11-07T22:15:11","modified_gmt":"2021-11-07T14:15:11","slug":"madius-harap-masyarakat-pelbagai-kaum-negara-ini-sensitif-budaya-borneo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/07\/madius-harap-masyarakat-pelbagai-kaum-negara-ini-sensitif-budaya-borneo\/","title":{"rendered":"Madius Harap Masyarakat Pelbagai Kaum Negara ini Sensitif Budaya Borneo"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau berharap masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat memahami dan lebih sensitif terhadap budaya masyarakat Borneo termasuk konsumsi arak atau alkohol.<\/p>\n<p>Beliau berkata sensitiviti itu penting memandangkan masyarakat bukan Islam di Borneo (Sabah dan Sarawak) mempunyai pendapat berbeza penggunaan arak.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh mencapai objektif apa yang kita bincangkan tanpa menyinggung perasaan (atau budaya) orang lain.<\/p>\n<p>\u201cSebagai orang Borneo tindakan pihak berkenaan menyamakan arak sebagai \u2018kencing\u2019 amat menyinggung perasaan kerana selama ini arak adalah sebahagian daripada budaya masyarakat bukan Islam di Sabah dan Sarawak, khususnya Kadazandusun.<\/p>\n<p>\u201cAdakah ini perlu diubah kerana ia bertentangan dengan penganut agama Islam di negara ini,\u201d katanya dalam webinar \u2018Arak dan Sensitiviti Borneo pada malam Sabtu.<\/p>\n<p>Arak wiski berjenama \u2018timah\u2019 keluaran Malaysia yang memenangi beberapa anugerah peringkat antarabangsa menjadi kontrovesi baru-baru ini.<\/p>\n<p>Pelbagai pihak menyatakan kerajaan perlu menyekat penggunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah berikutan ia tidak sesuai digunakan dan boleh mengelirukan umat Islam.<\/p>\n<p>Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, kontroversi bantahan jenama Timah pada mulanya tidak menimbulkan masalah tetapi ia kemudiannya menjadi \u2018panas\u2019 apabila dikatakan sebagai \u2018kencing\u2019.<\/p>\n<p>\u201cKita di Borneo merasa sensitif tentang perkara ini kerana minuman arak ini adalah antara warisan budaya Borneo.<\/p>\n<p>\u201cContohnya, selepas penduduk kampung bergotong-royong atau \u2018mitabang\u2019 masyarakat Kadazandusun minum arak, bukan niat untuk bermabuk-mabukan tetapi sebagai ruang kita berinteraksi dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga apabila berlaku perbelahan antara individu dan mereka \u2018mibabas\u2019 (berdamai) dengan menggunakan tapai (minum arak).<\/p>\n<p>\u201cSelama ini kita tiada masalah dalam hal ini tetapi apabila ia disamakan dengan perkataan yang tidak baik, kita merasa sensitif, kerana ini warisan budaya kita dan kita tidak memaksa masyarakat lain untuk meminumnya,\u201d kata Madius.<\/p>\n<p>Beliau berkata, selama ini minuman itu digunakan sebagai medium persaudaraan dan mengeratkan silaturahim antara saudara mara dan rakan-rakan sekampung.<\/p>\n<p>\u201cDi Sabah, masyarakat bukan Islam yang beragama Kristian (SDA) juga tidak membenarkan penganutnya minum arak, tetapi selama ini, kita tidak ada masalah dengan mereka.<\/p>\n<p>Sumber &#8211; Nabalu News<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau berharap masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat memahami dan lebih sensitif terhadap budaya masyarakat Borneo termasuk konsumsi arak atau alkohol. Beliau berkata sensitiviti itu penting memandangkan masyarakat bukan Islam di Borneo (Sabah dan Sarawak) mempunyai pendapat berbeza penggunaan arak. \u201cKita boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7468,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7789","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7789","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7789"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7791,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7789\/revisions\/7791"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}