{"id":7699,"date":"2021-11-05T15:14:46","date_gmt":"2021-11-05T07:14:46","guid":{"rendered":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/?p=7699"},"modified":"2021-11-05T15:14:46","modified_gmt":"2021-11-05T07:14:46","slug":"dun-sarawak-bubar-beri-laluan-pilihan-raya-negeri-abang-johari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/2021\/11\/05\/dun-sarawak-bubar-beri-laluan-pilihan-raya-negeri-abang-johari\/","title":{"rendered":"DUN Sarawak bubar, beri laluan pilihan raya negeri &#8211; Abang Johari"},"content":{"rendered":"<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Oleh Nur Adila Abdul Wahab dan Muhammad Ammar Shafiq Hamzah<\/p>\n<p>KUCHING:Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar\u00a0berkuat kuasa 3 Nov, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri.<br \/>\nKetua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong\u00a0Al-Sultan Abdullah\u00a0Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan pada hari yang sama.<br \/>\n&#8220;Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (berhubung pembubaran DUN Sarawak).<br \/>\n&#8220;Situasi sangat unik apabila Agong menamatkan darurat, secara automatik (DUN) terbubar. Bagaimanapun mengikut prosedur, kami akan meminta Speaker memaklumkan SPR,&#8221; kata beliau pada sidang media di sini\u00a0 hari ini.<\/p>\n<p>Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkan\u00a0lebih awal daripada yang dijadualkan pada\u00a0Februari 2022\u00a0selepas berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak\u00a0dan mempertimbangkan nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara dan ketua agensi kerajaan yang berkaitan.<br \/>\nAbang Johari berkata sekiranya Proklamasi Darurat itu tidak diisytiharkan, DUN terbubar pada 7 Jun lepas mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinannya tidak lagi mempunyai mandat rakyat yang diberikan pada 2016, untuk memerintah.<br \/>\n\u201cBerpegang kepada sumpah kami untuk memelihara dan melindungi Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan dan menjaga hak rakyat untuk memilih kerajaan sendiri, kerajaan\u00a0GPS merasakan adalah suatu pengkhianatan kepada sumpah itu jika kerajaan GPS terus\u00a0berkuasa di sebalik alasan\u00a0darurat sedangkan mandat rakyat untuk mentadbir telah tamat,\u201d katanya<br \/>\nBeliau\u00a0berkata atas sebab itu kerajaan negeri telah berunding dan menasihatkan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud\u00a0supaya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar\u00a0menamatkan Proklamasi Darurat\u00a0yang diisytiharkan pada 2 Ogos lepas,\u00a0lebih awal.<\/p>\n<p>Abang Johari berkata\u00a0menyedari kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak adalah perkara paling utama,\u00a0kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan yang teliti dan berterusan dengan pihak berkuasa kesihatan dan pihak berkepentingan lain agar pilihan raya diadakan dengan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan.<br \/>\n\u201cKadar vaksinasi COVID-19 di negeri ini juga telah mencapai tahap yang boleh diterima oleh pihak berkuasa agar pilihan raya dapat dijalankan dengan selamat,\u201d katanya.<br \/>\nPada 31 Julai lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Feb 2022\u00a0susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.<br \/>\n&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&nbsp; Oleh Nur Adila Abdul Wahab dan Muhammad Ammar Shafiq Hamzah KUCHING:Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar\u00a0berkuat kuasa 3 Nov, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong\u00a0Al-Sultan Abdullah\u00a0Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":7700,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"tdm_status":"","tdm_grid_status":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":{"0":"post-7699","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-tempatan"},"amp_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7699"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7701,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7699\/revisions\/7701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7700"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jesseltontimes.com\/wpmarch2025\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}